BANTUANFASA 3SumbanganTunaiRahmah

Sumbangan Tunai Rahmah 2024 : Semakan Jadual Fasa Ke 3

Sumbangan Tunai Rahmah 2024 adalah merupakan sebuah bantuan kewangan yang disediakan pada tahun ini kepada rakyat Malaysia. Semakan jadual fasa ke 3 bantuan tunai STR telah disediakan di halaman ini untuk rujukan umum.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024

Seperti yang telah dimaklumkan, kerajaan bersetuju melaksanakan program pemberian sumbangan tunai rahmah pada tahun ini. Lebih daripada 9 juta penduduk Malaysia akan menerima manfaat daripada bantuan tunai khas STR 2024.

Pada sesi tahun ini, kategori penerima yang terlibat adalah belia bujang, warga emas, isi rumah B40 dan M40. Kadar jumlah bayaran bantuan yang dibayar adalah sehingga RM3,700 lebih tinggi berbanding tahun lalu RM3,100.

Untuk makluman, pembayaran STR fasa 1 dan fasa 2 telahpun selesai diberikan pada bulan Januari dan April lalu dan kini hanya berbaki fasa 3 dan fasa 4. Dengan adanya bantuan tunai STR ini kerajaan yakin dapat membantu rakyat Malaysia bagi mengurangkan beban kewangan.

JADUAL BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024

Berikut adalah jadual asal yang telah diumumkan oleh kementerian kewangan bagi pembayaran STR 2024 mengikut fasa seperti di bawah :

  • Bayaran Sumbangan STR Fasa 1 – Bermula 29 Januari 2024
  • Bayaran Sumbangan STR fasa 2 – Bermula 3 April 2024
  • Bayaran Sumbangan STR Fasa 3 – Bermula Ogos 2024 (Akan dikemaskini)
  • Bayaran Sumbangan STR Fasa 4 – Bermula November 2024 (Akan dikemaskini)

KADAR BAYARAN SUMBANGAN TUNAI FASA KE 3

Buat masa ini kerajaan masih belum memaklumkan jumlah kadar bayaran bagi fasa ke 3, segala maklumat akan dikemaskini selepas pengumuman. Dibawah dikongsikan jumlah keseluruhan bayaran bantuan STR 2024 mengikut kategori kelayakan.

KATEGORI KELUARGA/ ISI RUMAH (RM2,500) B40

  • Tiada anak (0) – RM1,000
  • Bilangan anak (1-2) – RM1,500
  • Bilangan anak (3-4) – RM2,000
  • Bilangan anak (5 keatas) – RM2,500

ISI RUMAH/ KELUARGA (RM5,000) M40

  • Tiada anak (0) – RM500
  • Bilangan anak (1-2) – RM750
  • Bilangan anak (3-4) – RM1,000
  • Bilangan anak (5 keatas) – RM1,250

SEMAKAN STATUS BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Kepada penerima sedia ada Sumbangan tunai rahmah, semakan status bayaran mengikut fasa dan kemaskini maklumat boleh dilakukan sepanjang tahun ini. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari portal rasmi bantuan tunai – MySTR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Kepada yang terlepas padang, kalian boleh rujuk halaman utama kami untuk semak senarai bantuan yang ada dan layak untuk anda mohon.

The post Sumbangan Tunai Rahmah 2024 : Semakan Jadual Fasa Ke 3 appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button