BaucarBuku

Baucar Buku MADANI RM100 : Boleh Ditebus Melalui DELIMa

Baucar Buku MADANI RM100 tahun 2024 boleh ditebus melalui aplikasi DELIMa bermula 31 Mei ini oleh para pelajar. Untuk makluman umum, program khas ini telah dilancarkan pada tahun ini bagi memberi manfaat kepada pelajar Malaysia.

BAUCAR BUKU MADANI RM100

Pihak kerajaan perpaduan telah mengumumkan pemberian inisiatif berbentuk bantuan baucar buku bernilai RM100 secara one-off. Pemberian baucar ini diberikan kepada murid/ pelajar sekolah rendah bermula tahun 4, pelajar menengah dan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) serta Institusi Pendidikan guru.

Baucar tersebut juga boleh digunakan pada pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang sedang berlangsung ketika ini. Perlaksanaan program ini adalah sebahagian keprihatinan kerajaan bagi membantu kewangan.

Program baucar buku MADANI ini adalah salah satu inisiatif dari kerajaan bagi menggalakan budaya membaca khusus kepada para pelajar. Dengan adanya insentif ini dapat merancakkan lagi industri buku tempatan.

KELAYAKAN TEBUS BAUCAR BUKU RM100

Syarat kelayakan asas bagi program baucar buku ini telah ditetapkan kerajaan, mereka yang boleh claim baucar ini adalah pelajar :

  • Tahun 4 hingga tahun 6 (sekolah rendah)
  • Pelajar sekolah menengah
  • Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Nota : Kadar jumlah baucar yang ditawarkan adalah RM50 kepada murid tahun 4 hingga tahun 6. Manakala baucar RM100 boleh ditebus oleh pelajar menengah dan pelajar IPT.

PANDUAN TEBUS BAUCAR BUKU MADANI

Baucar buku ini boleh ditebus oleh murid/ pelajar institusi pendidikan dibawah KPM yang akan disalurkan bermula 31 Mei 2024. Panduan cara tebus dalam seperti berikut :

  1. Langkah pertama, pelajar/ murid perlu log masuk aplikasi – DELIMa
  2. Kemudian pelajar harus mendaftar akaun di kota buku digital dan kredit akan dipaparkan pada skrin
  3. Setiap pelajar boleh memilih judul buku yang diminati terutama dari judul yang dicadangkan
  4. Selepas membuat pilihan, pelajar boleh daftar keluar dan membayar melalui kredit e-kedai (baucar)
  5. Buku tersebut akan dihantar terus ke alamat yang telah didaftarkan
  6. Proses selesai.

Dengan adanya program seperti ini kerajaan yakin dapat meningkatkan budaya membaca kepada anak-anak terutama mereka yang masih bersekolah.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini di halaman utama atau sertai group dibawah untuk info pantas.

The post Baucar Buku MADANI RM100 : Boleh Ditebus Melalui DELIMa appeared first on Carianterbaru.

Back to top button