Akaun 3KWSP

Simpanan KWSP Akaun 3 : Boleh Dikeluarkan Bermula Hari Ini

Simpanan KWSP Akaun 3 : Boleh dikeluarkan secara fleksibel oleh ahli pada bila-bila masa bermula hari ini. Kemudahan istimewa akaun 3 ini mula dilancarkan pada 11 Mei 2024 secara menyeluruh seluruh negara Malaysia.

KEMUDAHAN SIMPANAN KWSP AKAUN 3

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau KWSP telah mengumumkan penstrukturan semula akaun ahli bermula 11 Mei lalu. Penterukturan semula ini adalah bertujuan bagi meningkatkan keselamatan pendapatan selepas persaraan.

Dalam masa yang sama, KWSP telah melancarkan kemudahan akaun 3 atau akaun fleksibel yang bertujuan menangani keperluan kewangan jangka pendek. Melalui dana akaun ketiga, ahli berumur 55 tahun kebawah boleh keluarkan wang pada bila-bila masa.

FAHAMI PENSTURTURAN SEMULA 3 AKAUN KWSP

Untuk membantu kalian memahami perubahan dalam penstrukturan semula dengan lebih jelas, panduan ringkas yang mudah fahami telah disediakan.

Di bawah adalah 3 jenis akaun KWSP selepas distrukturkan semula :

  • Akaun Persaraan – Sebelum ini dikenali sebagai akaun 1 yang berfungsi sebagai simpanan hari persaraan
  • Akaun Sejahtera – Sebelum ini dikenali sebagai akaun 2 yang berfungsi sebagai keperluan kitaran hayat semasa persaraan
  • Akaun Fleksibel – (Akaun 3) baru diperkenalkan yang berfungsi memberikan ahli fleksibiliti untuk membuat pengeluaran kecemasan pada bila-bila masa.

Nota : Tiada perbezaan kadar dividen bagi ketiga-tiga akaun kerana dividen untuk semua akaun adalah sama. Penstrukturan semula akaun KWSP tidak mengubah mana-mana polisi semasa penentuan kadar dividen.

PENGELUARAN KWSP AKAUN 3 BOLEH DILAKUKAN

Bermula hari ini, setiap ahli berumur 55 tahun dan kebawah boleh keluarkan wang simpanan dalam akaun 3/ fleksibel pada bila-bila masa melalui i-akaun KWSP. Bagi sedia maklum, had pengeluaran yang dibenarkan adalah minimum serendah RM50.

Pencarum KWSP diberi pilihan untuk membuat pemindahan amaun permulaan bagi akaun 3 bermula 12 Mei sehingga 31 Ogos 2024. Kepada ahli yang memilih untuk tidak menyertai, caruman akaun 3 ada bermula pada amaun sifar.

Untuk panduan lengkap pengeluaran akaun 3, sila layari laman portal rasmi – KWSP (AKAUN 3)

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Simpanan KWSP Akaun 3 : Boleh Dikeluarkan Bermula Hari Ini appeared first on Carianterbaru.

Back to top button