BANTUANSMUE

SMUE : Bantuan RM150 – RM500 Untuk Yang Memerlukan

SMUE : Bantuan RM150 – RM500 ditawarkan khas kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan pada tahun ini. Untuk makluman, program khas bantuan SMUE ini merupakan insentif di bawah kerajaan negeri.

SMUE : BANTUAN RM150 – RM500

Pihak kerajaaan negeri dan persekutuan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi membantu rakyat yang terjejas. Salah satu program insentif yang boleh dimohon selagi berkelayakan adalah Bantuan Skim Mersa.

Program SMUE atau Skim Mesra Usia Emas ini adalah bantuan dibawah Iltizam Selangor penyayang tahun ini. Menerusi program SMUE, bantuan berjumlah RM150 untuk membeli belah dan RM500 untuk khairat kematian telah disediakan.

Baucar RM150 boleh digunakan di mana-mana pasaraya yang berdaftar sahaja dan tempoh diberikan adalah selama 3 bulan. Selepas tarikh yang ditetapkan, amaun tersebut akan luput dan tidak boleh digunakan lagi.

Manakala skim khairat kematian RM500 one-off pula akan diberikan secara automatik kepada waris penerima SMUE. Tuntutan boleh dilakukan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh kematian ahli yang berdaftar sahaja.

PANDUAN CARA MOHON BANTUAN SMUE RM500

Kepada mereka yang berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian (online). Panduan lengkap dan cara mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – SMUE (YAWAS)

Bagi memudahkan urusan semakan permohonan, setiap individu yang ingin mohon disarankan sertakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan.

SYARAT LAYAK MOHON BANTUAN SMUE RM150 – RM500

Berikut adalah beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Berumur 60 tahun dan keatas
  • Lahir di negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan
  • Masih hidup atau telah meninggal dunia bermula 1 Januari 2021
  • Lahir di luar Selangor dan bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun
  • Sedang menetap di Selangor
  • Pengundi berdaftar di Selangor.

Perlaksanaan program SMUE dan SMIS ini adalah bagi memberi manfaat kepada warga emas yang kurang berkemampuan. Kerajaan yakin dengan adanya skim seperti ini dapat mengurangkan beban mereka yang memerlukan.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan pada tahun ini bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

The post SMUE : Bantuan RM150 – RM500 Untuk Yang Memerlukan appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button