Akaun 3KWSPPengeluaran KWSP

Pengeluaran Akaun-3 KWSP : Tempoh Masa Bayaran Dikreditkan

Pengeluaran Akaun-3 KWSP : Tempoh masa yang diambil untuk bayaran dikreditkan adalah sekitar 7 hari waktu bekerja. Seperti sedia maklum, kemudahan akaun-3 secara rasmi telah dilaksanakan bermula 11 Mei lalu.

PENGELUARAN MELALUI AKAUN-3 KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah melaksanakan penstrukturan semula akaun KWSP dan akaun 3 telah diperkenalkan. Penstrukturan semula akaun KWSP adalah bertujuan bagi meningkatkan jaminan pendapatan persaraan dan memenuhi keperluan kitaran hayat.

Selepas tarikh kuatkuasa, caruman baharu yang diterima akan dimasukan pada kadar nisbah 75 : 15 : 10. Caruman (75%) ke dalam akaun persaraan, (15%) dalam akaun sejahtera dan (10%) dalam akaun fleksibel.

Setiap ahli boleh keluarkan simpanan dalam akaun-3 KWSP secara fleksibel pada bila-bila masa mengikut keperluan jangka pendek. Dengan adanya kemudahan akaun baharu ini akan memberi peluang untuk ahli menguruskan wang mereka.

SYARAT PENGELUARAN AKAUN-3 KWSP

Pihak KWSP telah menetapkan 4 syarat kelayakan utama bagi mereka yang ingin membuat pengeluaran melalui akaun fleksibel seperti berikut :

  1. Semua ahli KWSP (Warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia)
  2. Mempunyai amaun simpanan dalam akaun 3/ fleksibel
  3. Belum mencapai umur 55 tahun
  4. Pengeluaran dibenarkan pada bila-bila masa dengan kadar had amaun pengeluaran minimum serendah RM50.

Nota : KWSP sangat mengambil berat tentang setiap kewangan simpanan ahli, disarankan pengeluaran dilakukan pada waktu kecemasan dan keperluan mendesak.

TEMPOH PINDAHAN DANA KE AKAUN-3 KWSP

Setiap pencarum boleh memilih jumlah amaun yang ingin dipindahkan sebagai dana permulaan akaun fleksibel. Tempoh masa diberikan adalah sehingga 31 Ogos 2024, dan kepada mereka yang tidak memindahkan, baki akaun 3 akan bermula pada kadar sifar.

PANDUAN CARA PENGELUARAN AKAUN FLEKSIBEL

Kepada ahli yang ingin membuat pengeluaran, caranya cukup mudah, panduan lengkap telah disediakan. Sila layari laman portal rasmi – KWSP (AKAUN 3)

Ahli boleh mohon pengeluaran akaun 3 melalui :

  • i-Akaun KWSP
  • Kaunter/ cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Nota : Pengeluaran melalui akaun fleksibel akan dikreditkan dalam tempoh (7) hari bekerja selepas permohonan diluluskan. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh rujuk di laman rasmi KWSP atau hubungi talian khas – 03 8922 6000.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat Malaysia. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

The post Pengeluaran Akaun-3 KWSP : Tempoh Masa Bayaran Dikreditkan appeared first on Carianterbaru.

Back to top button