Wang Tidak Dituntut 2025 – Sekiranya anda belum membuat semakan WTD, mungkin sudah tiba masanya untuk mengambil langkah itu. Portal E-Gumis yang dikendalikan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) menyediakan platform yang mudah dan mesra pengguna bagi warganegara untuk memeriksa sama ada mereka berhak ke atas wang yang tidak dituntut.

SEMAKAN WANG TIDAK DITUNTUT 2025

Sehingga kini Januari 2025, jumlah wang yang tidak dituntut oleh rakyat Malaysia telah mencecah 12.7 juta ringgit. Ini merupakan jumlah yang besar dan menandakan bahawa banyak individu mungkin tidak menyedari hak mereka terhadap sejumlah wang yang tersimpan.

Kementerian Kewangan telah menggesa semua individu dan waris untuk membuat semakan dan tuntutan bagi wang yang tidak dituntut ini. Seluruh warganegara Malaysia kini boleh melakukan semakan dan tuntutan secara online melalui portal E-Gumis atau dengan hadir ke kaunter JANM yang terdapat di setiap negeri.

Proses semakan adalah mudah dan cepat, membolehkan anda mengetahui dengan segera jika anda berhak untuk membuat tuntutan. Dengan langkah yang tepat, anda mungkin dapat memulihkan semula hak anda terhadap wang tersebut.

Kepada yang tidak tahu, WTD ini boleh datang dari pelbagai sumber seperti wang yang perlu diberikan kepada individu tetapi telah tamat tempoh. Mengikut statistik data, ramai rakyat yang tidak tahu mereka sebenarnya mempunyai duit yang boleh dituntut.

Bagi yang belum cek WTD, anda boleh membuat semakan secara terus atas talian atau secara manual melalui kaunter JANM. Untuk panduan selengkapnya, sila layari laman rasmi eGUMIS JANM – https://egumis.anm.gov.my/ untuk semakan selengkapnya.

The post Wang Tidak Dituntut 2025 : Sudahkah Anda Membuat Semakan? appeared first on Carianterbaru.