Tawaran Biasiswa Diyanet Fellowship – Pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyediakan inisiatif ini kepada warganegara Malaysia. Program ini bertujuan untuk memberi sokongan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian Islam di peringkat ijazah sarjana muda.
Peluang ini adalah langkah positif bagi memperkaya pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengajian Islam.
PENDAFTARAN TAWARAN BIASISWA DIYANET FELLOWSHIP
Untuk makluman, pendaftaran untuk Biasiswa Diyanet Fellowship Program kini dibuka dan akan berlangsung sehingga 28 Februari 2025. Ini adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak KPT.
Semua rakyat Malaysia yang berminat digalakkan untuk menghantar permohonan sebelum tarikh tutup yang ditetapkan. Untuk memohon biasiswa ini, pemohon harus memenuhi beberapa syarat kelayakan yang dicadangkan.
Ini termasuk warganegara Malaysia yang sedang mengambil jurusan pengajian Islam. Pemohon digalakkan untuk meneliti dengan teliti syarat-syarat tersebut dan memastikan segala dokumen yang diperlukan disertakan dalam permohonan.
Syarat utama permohonan biasiswa ini adalah pelajar adalah wajib beragama islam.
Proses permohonan adalah mudah dan mesra pengguna, menjadikan ia satu peluang yang berharga untuk mendapatkan sokongan kewangan dalam bidang akademik ini. Tarikh akhir permohonan boleh dikemukakan secara online adalah pada 28 Februari 2025 (Jumaat).
Kepada yang berminat jangan lepaskan peluang bagi mendapatkan manfaat biasiswa yang ditawarkan secara percuma ini. Untuk panduan lengkap dan cara mohon, sila kunjungi laman rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi – https://www.mohe.gov.my/ sebagai rujukan umum.
The post Tawaran Biasiswa Diyanet Fellowship Program Kini Dibuka! appeared first on Carianterbaru.