SumbanganTunaiRahmahTarikh Pembayaran

Tarikh Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Mengikut Fasa Bayaran

Tarikh Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali sebagai STR mengikut fasa telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan. Untuk makluman umum, pemberian insentif STR ini adalah sebuah bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2024.

TARIKH SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024

Pihak kerajaan telah mengumumkan berkenaan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi sesi 2024. Kepada yang tidak tahu, pembayaran bantuan tunai STR tahun ini disalurkan secara berperingkat melalui 4 fasa.

Untuk rujukan terkini bayaran STR fasa 1 telah dikreditkan pada 29 Januari 2024 dan fasa 2 pada 3 April 2024. Fasa berikutnya dikreditkan pada bulan ini (Ogos) 2024 dan fasa 4 pada bulan November nanti.

Pemberian Sumbangan Tunai Rahmah tahun ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 9 Juta penduduk Malaysia yang berada dalam kategori bujang, warga emas dan isi rumah. Jumlah keseluruhan bayaran STR adalah sehingga RM3,100 setahun termasuk insentif SARA.

BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH MENGIKUT KATEGORI

Setiap kategori akan menerima jumlah bayaran STR berbeza, kelayakan ditentukan mengikut spesifikasi pendapatan bulanan dan bilangan anak. Di bawah disediakan kadar bayaran yang diberikan mengikut kelayakan kategori :

KATEGORI KELUARGA / ISI RUMAH PENDAPATAN RM2,500

  • RM1,000 : Tidak mempunyai anak
  • RM1,500 : Mempunyai bilangan anak (1-2)
  • RM2,000 : Mempunyai bilangan anak (3-4)
  • RM2,500 : Mempunyai bilangan anak (5 dan lebih)

KELUARGA / ISI RUMAH PENDAPATAN RM5,000

  • RM500 : Tidak mempunyai anak
  • RM750 : Mempunyai bilangan anak (1-2)
  • RM1,000 : Mempunyai bilangan anak (3-4)
  • RM1,250 : Mempunyai bilangan anak (5 dan lebih)

KATEGORI BUJANG & WARGA EMAS

  • RM350 : Bujang
  • RM600 : Warga emas

BANTUAN TAMBAHAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

  • RM1,200 : Isi rumah & warga emas berstatus miskin / miskin tegar
  • RM600 : Bujang berstatus miskin / miskin tegar
  • RM300 : Isi rumah berstatus bukan miskin
  • RM150 : Bujang & warga emas berstatus bukan miskin.

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR FASA KETIGA

Kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah, semakan status bayaran fasa berikutnya pada bulan ini boleh dibuat secara online. Untuk semakan sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – STR 2024

INFO LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat pada tahun ini. Sila lihat senarai insentif bantuan yang masih dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info selengkapnya.

The post Tarikh Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Mengikut Fasa Bayaran appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button