Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi tahun 2025 telah ditetapkan pada 28 Februari ini bagi negara Malaysia. Pengumuman ini diumumkan oleh pihak penyimpan mohor besar raja-raja dalam satu kenyataan rasmi.
Penetapan tarikh ini memberi tanda kepada umat Islam tentang hari permulaan sambutan puasa yang sangat dinanti-nantikan.
TARIKH MELIHAT ANAK BULAN RAMADAN 2025
Majlis Raja-Raja telah bersetuju untuk menetapkan tarikh hari permulaan puasa berdasarkan kaedah hisab dan rukyah. Proses ini merupakan satu amalan tradisi yang sudah lama dipraktikkan dalam menentukan waktu-waktu penting dalam kalendar Islam.
Dengan adanya keputusan ini, umat Islam dapat membuat persediaan awal dalam menyambut bulan Ramadan yang penuh berkah ini. Ramadan bukan sahaja bulan pengabdian kepada Allah, tetapi juga bulan untuk memperkukuhkan hubungan sosial dan kemasyarakatan.
Umat Islam disarankan agar melakukan persiapan bukan sahaja dari segi rohani tetapi juga dari segi kebersihan dan makanan untuk berbuka puasa. Dengan pengumuman penetapan tarikh ini, adalah waktu yang sesuai untuk merancang aktiviti dan persediaan agar Ramadan yang akan datang dapat dilalui dengan lebih bermakna.
LOKASI MELIHAT ANAK BULAN RAMADAN
Jawatankuasa-jawatankuasa yang terlibat telah diperkenankan untuk melihat anak bulan ramadan pada tahun ini. Terdapat 29 lokasi telah ditetapkan diseluruh negara seperti di bawah :
- Pontian kecil Johor
- Kampung Balik Batu Melaka
- Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang Port Dikson Negeri Sembilan
- Bukit Melawati Kuala Selangor
- Bukit Jugra Banting kuala Langat
- Balai Cerap Sabak Bernam Selangor
- Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru Manjung Perak
- Pantai Aceh Pulau Pinang
- Kampung Pulau Sayak Kuala Muda
- Menara Alor Setar dan Pulau Langkawi Kedah
- Bukit Besar Kuala Terengganu dan Kemaman
- Pulau perhentian, Besut dan Mukim Merang Terengganu
- Jalan Tengku Putra Semarak Kota Bharu Kelantan
- Teluk Bandung Miri dan Tanjung Batu Bintulu Sarawak
- Tanjong Batu, Gunung Berincang Pahang
- Tanjung Dumpil Putatan Sabah.
Untuk lebih info berkenaan lokasi melihat anak bulan boleh rujuk pada laman – MySumber
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Kerajaan MADANI telah menyediakan pelbagai program kemudahan dan inisiatif bagi memberi manfaat kepada rakyat Malaysia yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.
The post Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan Tahun 2025 appeared first on Carianterbaru.