BANTUANFASA 3MySTR

Tarikh Bayaran Bantuan MySTR Dikreditkan Ke Dalam Akaun

Tarikh Bayaran Bantuan MySTR Dikreditkan ke dalam akaun penerima bagi fasa ketiga dijangka sebelum menyambut hari kemerdekaan. Seperti yang telah dimaklumkan kementerian kewangan, pembayaran bantuan khas MySTR fasa 3 akan disalurkan pada Ogos ini.

TARIKH BAYARAN BANTUAN MYSTR

Pihak kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan program inisiatif khas Sumbangan Tunai Rahmah bagi sesi 2024. Pemberian bantuan tunai ini akan memberi manfaat kepada lebih 8 juta penduduk Malaysia.

Bantuan kewangan ini diberikan khusus kepada golongan B40 dan M40 yang berada dalam kategori bujang, warga emas dan isi rumah (berkeluarga). Jumlah bayaran bantuan adalah sehingga maksimum RM2,500 setahun.

Sumbangan tunai ini akan disalurkan secara berperingkat mengikut empat fasa pembayaran sepanjang tahun 2024. Berikut adalah tarikh rasmi bayaran MySTR dikreditkan mengikut fasa :

  • Bayaran Fasa 1 – Bermula 29 Januari 2024
  • Bayaran Fasa 2 – Bermula 3 April 2024
  • Bayaran Fasa 3 – Bermula Ogos 2024 (Dijangka sebelum 31 Ogos)
  • Bayaran Fasa 4 – Bermula November 2024 (akan dikemaskini)

JUMLAH BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 3

Berdasarkan tahun lalu, bayaran fasa ketiga tahun ini akan dikreditkan sehingga RM800 dan jumlah bergantung kepada kategori kelayakan. Kepada yang terlepas pandang, dibawah disediakan jumlah keseluruhan MySTR pada tahun ini mengikut kategori.

KELUARGA B40 (PENDAPATAN RM2,500)

  • RM1,000 setahun – Tiada anak (0)
  • RM1,500 setahun – Mempunyai (1-2) anak
  • RM2,000 setahun – Mempunyai (3-4) anak
  • RM2,500 setahun – Mempunyai (lebih 5) anak

KELUARGA M40 (PENDAPATAN RM5,000)

  • RM500 setahun – Tiada anak (0)
  • RM750 setahun – Mempunyai (1-2) anak
  • RM1,000 setahun – Mempunyai (3-4) anak
  • RM1,250 setahun – Mempunyai (lebih 5) anak

BELIA BUJANG (21 TAHUN KE ATAS)

  • RM350 seorang setahun

WARGA EMAS TIADA PASANGAN (60 TAHUN KE ATAS)

  • RM600 seorang setahun.

KEMASKINI MAKLUMAT & SEMAKAN STATUS MYSTR

Pada bulan ini penerima Sumbangan Tunai Rahmah boleh membuat kemaskini dan semakan status bayaran bagi fasa berikutnya. Panduan lengkap dan semakan boleh dibuat melalui laman rasmi – MySTR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Selain MySTR, terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai info lanjut.

The post Tarikh Bayaran Bantuan MySTR Dikreditkan Ke Dalam Akaun appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button