Sumbangan Bantuan Pengajian Tinggi (SBPT) – Panduan mohon dan butiran ringkas disediakan pada halaman ini sebagai rujukan umum. Bagi pengetahuan orang ramai, pendaftaran permohonan SBPT telah dibuka bermula 13 Ogos 2024.
PROGRAM SUMBANGAN BANTUAN PENGAJIAN TINGGI
Pada bulan Ogos ini satu lagi inisiatif telah dilaksanakan iaitu program Sumbangan Bantuan Pengajian Tinggi (SBPT). Perlaksanaan skim khas ini adalah bagi membantu mereka yang berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat IPTA atau IPTS.
Dengan adanya insentif istimewa ini dapat meringankan beban kos kepada ibu bapa bagi memastikan anak-anak dapat meneruskan pelajaran. SBPT adalah sumbangan khusus untuk anak-anak anggota yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat asasi/ diploma/ matrikulasi dan ijazah secara sepenuh masa.
Tujuan utama program ini adalah bagi membantu meringankan beban penjaga ketika pendaftaran kemasukan ke mana-mana Institusi Pengajian Tinggi. Ini merupakan salah satu motivasi atau galakan kepada golongan belia untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
KRITERIA KELAYAKAN SUMBANGAN PENGAJIAN TINGGI
Antara beberapa syarat khusus kelayakan yang telah ditetapkan dalam program SBPT adalah seperti :
- Warganegara Malaysia
- Dibuka kepada Anggota Koperasi Tentera
- Tidak menamatkan keanggotaan dalam tempoh permohonan dibuat
- Hanya satu (1) permohonan sahaja layak diterima
- Anak yang menduduki peperiksaan Sijil Penilaian Malaysia (SPM) atau setaraf tahun 2023
- Minimum kepujian bagi 3 mata pelajaran termasuk BM
- Setiap permohonan yang lulus hanya sekali sahaja bagi kemasukan ke IPTA atau IPTS.
PANDUAN MOHON BANTUAN PENGAJIAN (SBPT)
Untuk maklumat umum, permohonan SBPT dibuka mulai 13 Ogos 2024 (Selasa) sehingga 17 September 2024 (Selasa). Jika berkeperluan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan sepanjang tempoh dibuka.
Untuk panduan lengkap, sila layari pautan rasmi – SBPT dan borang boleh dimuat naik di laman tersebut.
Bagi memudahkan urusan semakan borang permohonan, pemohon disarankan sediakan dokumen penting yang diperlukan seperti salinan Mykad pelajar dan dokumen berkaitan.
MAKLUMAT LANJUT
Pada tahun ini terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan untuk memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.
The post Sumbangan Bantuan Pengajian Tinggi (SBPT) – Panduan Mohon appeared first on Carianterbaru.