STR Login 2025 – Seperti yang diketahui, program bantuan sumbangan tunai rahmah (STR) akan dilaksanakan pada tahun ini melalui empat fasa pembayaran. Inisiatif ini merupakan langkah penting dari kerajaan untuk menyokong golongan penduduk yang memerlukan, khususnya mereka daripada kumpulan B40 dan M40.
STR LOGIN 2025
Penduduk Malaysia kini boleh membuat pendaftaran baharu, semakan status bayaran dan kemaskini maklumat terkini melalui STR login 2025. Kepada yang terlepas pandang, pembayararan fasa pertama telah selesai dibayar pada 22 Januari lalu.
Program bantuan tunai STR dijangka dapat memberikan manfaat kepada sekitar 9 juta penduduk Malaysia. Dengan bantuan kewangan ini, diharapkan dapat meringankan beban hidup yang ditanggung oleh golongan miskin.
Kerajaan memainkan peranan untuk memastikan sokongan yang berkesan melalui pelaksanaan inisiatif ini. Pembayaran fasa berikutnya dijangkakan akan dikreditkan seawal bulan April nanti atau sebelum menyambut perayaan aidilfitri.
JUMLAH & TARIKH BAYARAN STR 2025
Sebagai rujukan, dibawah disediakan informasi berkenaan jadual bayaran dan jumlah bantuan STR mengikut kategori kelayakan ,
JADUAL BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025 :
- Pembayaran STR fasa pertama : Bermula 22 Januari 2025
- Pembayaran STR fasa kedua : (tarikh akan dikemaskini)
- Pembayaran STR fasa ketiga : (tarikh akan dikemaskini)
- Pembayaran STR fasa keempat : (tarikh akan dikemaskini)
JUMLAH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025 MENGIKUT KATEGORI :
- Bujang : RM600 setahun
- Warga emas : RM900 setahun
- Isi rumah B40 : RM1,000 – RM2,500 setahun
- Isi rumah M40 : RM500 – RM1,250 setahun
Nota : Jumlah diatas tidak termasuk bayaran bantuan SARA MyKasih 2025.
SEMAKAN STATUS BAYARAN STR 2025
Rakyat Malaysia kini boleh melakukan semakan status secara dalam talian untuk mengetahui sama ada mereka layak menerima insentif ini. Proses ini adalah mudah dan boleh diakses oleh semua, memberikan peluang kepada setiap individu untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai bantuan yang mereka boleh terima.
Untuk lebih terperinci dan semakan status boleh dibuat melalui laman rasmi login MySTR 2025 – https://bantuantunai.hasil.gov.my/
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Terdapat lebih banyak inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan MADANI bagi mengurangankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.
The post STR Login 2025 : Semakan Status Bayaran Bantuan Tunai appeared first on Carianterbaru.