BANTUANIsi RumahSTR

STR Isi Rumah 2024 : Bantuan Tunai Sehingga RM2,500

STR Isi Rumah 2024 : Bantuan tunai sehingga RM2,500 setahun dikreditkan kepada kategori ini melalui empat (4) fasa pembayaran. Seperti yang telah dimaklumkan Kementerian Kewangan, inisiatif khas STR ini adalah salah satu bantuan dibawah Belanjawan 2024.

BAYARAN STR KATEGORI ISI RUMAH TAHUN 2024

Pihak kerajaan telah memperkenalkan pemberian skim bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada awal tahun lalu. Atas keprihatinan kerajaan bersetuju untuk terus melaksanakan pada tahun kedua program khas berbentuk bantuan kewangan ini.

Kepada yang terlepas pandang atau tidak tahu, pembayaran bantuan tunai STR bagi kategori isi rumah adalah sehingga RM2,500. Kadar adalah bergantung kepada pendapatan/ gaji bulanan dan bilangan tanggungan anak setiap isi rumah.

Bukan itu sahaja, kepada penerima STR kategori isi rumah yang berstatus miskin juga akan menerima insentif tambahan SARA berjumlah RM1,200 setahun. Berdasarkan maklumat, kategori isi rumah akan menerima bayaran STR paling tinggi berbanding bujang dan warga emas.

JADUAL BAYARAN STR ISI RUMAH MENGIKUT FASA

Kementerian kewangan telah mengumumkan pembayaran bantuan tunai STR tahun ini akan diagihkan secara berperingkat mengikut fasa seperti di bawah :

  • Bantuan tunai STR Fasa 1 : Disalurkan pada 29 Januari 2024
  • Bantuan tunai STR Fasa 2 : Disalurkan pada 3 April 2024
  • Bantuan tunai STR Fasa 3 : Disalurkan pada Ogos 2024 (Tarikh akan diumumkan)
  • Bantuan tunai STR Fasa 4 : Disalurkan pada November 2024 (Tarikh akan dimaklumkan)

Berkenaan tarikh bayaran fasa berikutnya akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan jika berlaku sebarang perubahan akan dimaklumkan.

Kaedah bayaran STR sesi tahun 2024 diberikan melalui 2 kaedah iaitu pengkreditan ke dalam akaun bank dan tebus tunai di kaunter BSN berdekatan bagi penerima tiada kad bank.

SEMAKAN STATUS BAYARAN & KEMASKINI STR 2024

Bagi penerima sedia ada bantuan Sumbangan Tunai Rahmah tahun ini, anda boleh membuat semakan status bayaran mengikut fasa. Untuk pendaftaran baharu, kemaskini maklumat terkini dan semakan status bayaran, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – STR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.

The post STR Isi Rumah 2024 : Bantuan Tunai Sehingga RM2,500 appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button