BANTUANFasa 2STRSTR 2025

STR FASA 2 2025 : KATEGORI PENERIMA & JUMLAH BANTUAN

STR FASA 2 2025 – Seperti yang kita sedia maklum, pembayaran sumbangan tunai rahmah (STR) sesi fasa pertama telahpun selesai dikreditkan pada bulan Januari 2025. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan dan meringankan beban kewangan golongan yang layak.

Pelaksanaan program bantuan kewaangan STR ini adalah langkah positif dalam menyokong kesejahteraan rakyat.

BAYARAN STR FASA 2 2025

Untuk makluman umum, pembayaran STR fasa berikutnya dijangka akan dilaksanakan pada bulan April 2025. Pihak berkuasa telah mengumumkan bahawa kategori penerima yang layak terdiri daripada belia bujang, isi rumah dan warga emas.

Oleh itu, adalah penting bagi mereka yang termasuk dalam kategori ini untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai pembayaran tersebut. Bayaran fasa 2 nanti akan diberikan secara kredit terus ke dalam akaun bank dan tebus secara tunai di cawangan BSN.

KATEGORI PENERIMA STR FASA 2

Kepada belia bujang, isi rumah, dan warga emas yang berkelayakan, pembayaran sumbangan tunai ini adalah sebagai bantuan sokongan. Untuk memastikan anda layak, sila semak syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Dengan langkah ini, mereka yang betul-betul memerlukan bantuan kewangan akan menerima sokongan yang sewajarnya. Bagi mereka yang bujang dan telah mendirikan rumah tangga pada tahun ini, pengemaskinian status kepada berkahwin boleh dibuat secara online.

JUMLAH BAYARAN STR MENGIKUT KATEGORI

Berikut adalah kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa 2 mengikut kategori kelayakan :

KATEGORI ISI RUMAH (GAJI BULANAN DIBAWAH RM2,500)

  • RM150 : Tiada anak
  • RM300 : Mempunyai bilangan anak (1-2)
  • RM500 : Mempunyai bilangan anak (3-4)
  • RM650 : Mempunyai bilangan anak (lebih 5)

ISI RUMAH (GAJI BULANAN DIBAWAH RM5,000)

  • RM100 : Tiada anak
  • RM200 : Mempunyai bilangan anak (1-2)
  • RM250 : Mempunyai bilangan anak (3-4)
  • RM300 : Mempunyai bilangan anak (lebih 5)

KATEGORI BELIA & ORANG TUA

  • Belia bujang : RM150
  • Warga emas : RM200

Nota : Tarikh rasmi bayaran fasa kedua STR akan dikemaskini dari semasa ke semasa selepas pengumuman dari kerajaan sebagai rujukan umum masyarakat.

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR 2025

Sepanjang tahun ini anda boleh membuat kemaskini maklumat dan semakan status bayaran bantuan tunai secara dalam talian. Untuk rujukan sila layari laman rasmi MySTR 2025 – https://bantuantunai.hasil.gov.my/

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Terdapat lebih banyak lagi program dan inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan MADANI bagi mengurangkan beban rakyat Malaysia. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

The post STR FASA 2 2025 : KATEGORI PENERIMA & JUMLAH BANTUAN appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button