BANTUANBujangSTR

STR Bujang : Bantuan RM350 Dikreditkan Kepada Kategori Ini

STR Bujang : Bantuan RM350 dikreditkan kepada kategori ini melalui 4 fasa pembayaran sepanjang tahun 2024. Seperti yang telah dimaklumkan pihak kementerian kewangan, kategori belia bujang merupakan salah satu penerima STR pada tahun ini.

STR BUJANG : BAYARAN BANTUAN RM350

Kepada mereka yang terlepas pandang, pengagihan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah sesi tahun 2024 telahpun mula dikreditkan secara berperingkat. Bayaran pertama telahpun selesai dikreditkan pada 29 Januari lalu.

Kepada golongan belia bujang berumur 21 tahun dan keatas yang layak, mereka akan menerima insentif bantuan tunai STR pada kadar jumlah RM350 setahun. Amaun tersebut akan dibayar menerusi 4 fasa pembayaran.

Buat masa ini kategori bujang telah menerima bayaran pada fasa 1 dan fasa 2, baki pembayaran akan disalurkan pada fasa 3 dan 4 nanti. Perlaksanaan STR kini telah memasuki tahun kedua yang melibatkan lebih dari 9 juta penduduk Malaysia yang menerimanya.

BAYARAN BANTUAN STR BUJANG FASA BERIKUTNYA

Untuk makluman umum, bayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah fasa berikutnya akan diberikan selewat-lewatnya pada bulan Ogos 2024. Sebarang maklumat tarikh terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum.

Berikut dikongsikan jadual lengkap bantuan tunai STR tahun 2024 :

  • STR fasa 1 : Bayaran dikreditkan bermula 29 Januari 2024
  • STR fasa 2 : Bayaran dikreditkan bermula 3 April 2024
  • STR fasa 3 : Bayaran dikreditkan bermula Ogos 2024
  • STR fasa 4 : Bayaran dikreditkan bermula November 2024.

Nota : Setiap kali fasa pembayaran STR, amaun akan dikreditkan ke dalam akaun bank setiap penerima. Bagi mereka yang tiada kad bank, tuntutan secara tunai boleh dilakukan di kaunter Bank Simpanan Nasional berdekatan.

SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN STR 2024

Kepada penerima sedia ada sumbangan tunai rahmah tahun ini, kalian boleh mengemaskini maklumat terkini dan semak status bayaran mengikut fasa secara dalam talian. Untuk semakan butiran terperinci, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – STR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak lagi jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

The post STR Bujang : Bantuan RM350 Dikreditkan Kepada Kategori Ini appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button