BANTUANBujangSTR

STR : Bayaran Kategori Bujang RM350 Mula Dikreditkan

STR : Bayaran Kategori Bujang berjumlah RM350 telah mula dikreditkan secara berperingkat sepanjang tahun 2024. Seperti yang telah dimaklumkan, belia bujang adalah sebahagian penerima bayaran STR bagi sesi tahun ini.

STR : BAYARAN BAGI KATEGORI BUJANG

Bagi pengetahuan umum, pemberian Sumbangan Tunai Rahmah melibatkan kategori penerima belia bujang berumur 21 tahun dan keatas. Kadar bayaran yang diberikan adalah berjumlah RM350 tambahan RM150 bagi insentif Sumbangan Asas Rahmah.

Pengagihan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi kategori bujang dilakukan secara pengkreditan ke dalam akaun bank dan tebus tunai di kaunter BSN bagi individu tiada kad bank.

Mereka yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun pendapatan dibawah RM2,500 sebulan layak menerima bayaran STR bagi kategori bujang. Berikut adalah kadar bayaran STR 2024 kategori bujang mengikut fasa pembayaran :

  • Bayaran Fasa pertama STR : RM100
  • Bayaran Fasa kedua STR : RM100
  • Bayaran Fasa ketiga STR : Akan dimaklumkan
  • Bayaran Fasa keempat STR : Akan dimaklumkan.

Nota : Kepada yang tidak tahu, penerima STR kategori bujang bukan berstatus miskin turut layak menerima insentif SARA bernilai RM150.

JADUAL BAYARAN STR 2024

Kementerian kewangan telah memaklumkan jadual penyaluran bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi 3 kategori utama seperti di bawah :

  • STR fasa 1 : Januari 2024
  • STR fasa 2 : April 2024
  • STR fasa 3 : Ogos 2024
  • STR fasa 4 : November 2024.

Pada bulan ini (Ogos) kerajaan akan mula mengagihkan bayaran STR secara berperingkat. Tarikh rasmi dan kadar bayaran akan diumumkan dalam masa terdekat.

STATUS BAYARAN STR BUJANG FASA KETIGA

Kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah tahun ini, semakan status bayaran dan kemaskini maklumat boleh dibuat sepanjang 2024. Untuk semakan dan butiran penuh, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – MySTR 2024

Segala maklumat terkini berkenaan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa berikunya akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Kementerian Kewangan telah memperkenalkan bermacam jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Bagi mereka yang terlepas pandang, sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.

The post STR : Bayaran Kategori Bujang RM350 Mula Dikreditkan appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button