BANTUANKadar BayaranSTR 2025

STR 2025 : Kadar Bayaran Bantuan Mengikut Kelayakan Kategori

STR 2025 : Kadar bayaran bantuan kewangan khas ini telah ditetapkan oleh kerajaan bagi mereka yang berkelayakan mengikut kategori. Kerajaan perpaduan telah mengumumkan secara rasmi bahawa inisiatif bantuan sumbangan tunai Rahmah akan diteruskan pada tahun hadapan.

Perkara ini telah dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan semasa sidang belanjawan 2025 yang berlangsung baru-baru ini. Keputusan ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam membantu rakyat yang memerlukan.

PEMBERIAN INISIATIF STR 2025

Salah satu kabar baik dari sidang belanjawan tersebut adalah peningkatan jumlah keseluruhan bayaran bantuan tunai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada RM4,600 setahun. Ini adalah satu lonjakan yang signifikan dan menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam memberikan sokongan kewangan kepada rakyat.

Bantuan ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh keluarga-keluarga terutamanya dalam waktu yang serba mencabar ini. Penting untuk diingat bahawa kadar bantuan yang diberikan berbeza mengikut kelayakan kategori dan bilangan tanggungan anak.

Ini memberikan peluang kepada golongan yang paling memerlukan untuk menerima sokongan yang lebih tinggi. Kerajaan berharap dengan adanya bantuan ini, rakyat dapat merancang kewangan mereka dengan lebih baik dan meningkatkan taraf hidup mereka.

JUMLAH KADAR BAYARAN STR 2025 MENGIKUT KATEGORI

Seperti yang telah dimaklumkan, berikut adalah jumlah pemberian Sumbangan Tunai Rahmah 2025 mengikut kategori :

KATEGORI ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN RM2,500)

  • Tiada anak (0) : RM1,900
  • Bilangan anak (1-2) : RM2,400
  • Bilangan anak (3-4) : RM2,900
  • Bilangan anak (lebih 5) : RM3,400

ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN RM5,000)

  • Tiada anak (0) : RM1,400
  • Bilangan anak (1-2) : RM1,650
  • Bilangan anak (3-4) : RM1,900
  • Bilangan anak (lebih 5) : RM2,150

KATEGORI WARGA EMAS & BELIA BUJANG

  • Warga emas tiada pasangan : RM1,050
  • Belia bujang : RM600.

Nota : Kadar jumlah bayaran STR seperti diatas adalah termasuk bayaran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Pengagihan bantuan kewangan ini akan dikreditkan secara berperingkat sama seperti tahun 2024.

Jadual rasmi STR 2025 akan dikeluarkan tidak lama lagi oleh kerajaan untuk rujukan umum penduduk Malaysia. Untuk semak butiran penuh dan kemaskini maklumat anda, sila layari laman web rasmi MySTR 2025 – https://bantuantunai.hasil.gov.my/

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Terdapat lebih banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan sesuai untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post STR 2025 : Kadar Bayaran Bantuan Mengikut Kelayakan Kategori appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button