Akaun 3Akaun FleksibelKWSP

Status Akaun 3 KWSP : Kadar Pengeluaran Yang Dibenarkan

Status Akaun 3 KWSP : Kadar pengeluaran yang dibenarkan adalah berdasarkan simpanan yang ada di dalam akaun tersebut. Seperti yang telah dimaklumkan fungsi akaun ketiga ini adalah berperanan sebagai akaun fleksibel.

STATUS AKAUN 3 KWSP

Bermula awal bulan Mei 2024, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah membuat penstrukturan semula akaun KWSP. Satu lagi kemudahan akaun juga telah diperkenalkan iaitu akaun 3 atau akaun fleksibel.

Kemudahan akaun fleksibel ini membenarkan para ahli KWSP berumur 55 tahun untuk keluarkan wang mereka pada bila-bila masa terutama waktu memerlukan. Akaun baharu ini menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka masa pendek dan kecemasan.

Dalam penstrukturan semula akaun KWSP yang bertujuan mengukuhkan jaminan pendapatan persaraan dan memenuhi keperluan semasa para pencarum. Bermula 11 Mei 2024, terdapat 3 akaun yang telah ditrukturkan semula kepada :

  1. Akaun persaraan
  2. Akaun sejahtera
  3. Akaun fleksibel

CARUMAN BAHARU MENGIKUT AKAUN KWSP

Untuk pengetahuan umum, caruman baharu selepas kuat kuasa akaun dikreditkan ke dalam 3 akaun KWSP adalah mengikut nisbah seperti berikut :

  • Caruman 75% ke dalam akaun (Persaraan)
  • Caruman 15% ke dalam akaun (Sejahtera)
  • Caruman 10% ke dalam akaun (Fleksibel)

Nota : Sebelum penstrukturan semula akaun KWSP adalah caruman 70% ke dalam akaun 1 dan caruman 30% ke dalam akaun 2.

KADAR PENGELUARAN AKAUN 3 KWSP

Untuk makluman, ahli boleh membuat pengeluaran akaun 3 berdasarkan baki dalam akaun tersebut. Bagi permulaan amaun di dalam akaun fleksibel, pencarum boleh membuat pilihan memindahkan sebahagian simpanan dalam akaun sejahtera.

Sebagai contoh ahli yang mempunyai amaun di dalam akaun 2 melebihi RM3,000 yang ingin dipindahkan akan diagihkan mengikut nisbah yang ditetapkan KWSP seperti di bawah :

  • Nisbah (10/30) ke akaun fleksibel
  • Nisbah (15/30) amaun kekal dalam akaun sejahtera
  • Nisbah (5/30) ke akaun persaraan.

Bagi ahli yang mempunyai kurang daripada RM3,000 dalam akaun 2 adalah seperti berikut :

  • Akaun 2 (sejahtera) yang mempunyai simpanan dibawah RM1,000, kesemua baki amaun boleh dipindahkan ke dalam akaun 3
  • Simpanan akaun 2 yang tidak melebihi RM3,000 boleh dipindahkan maksimum RM1,000 ke dalam akaun 3, baki akan kekal dalam akaun sejahtera.

PANDUAN & BUTIRAN LENGKAP AKAUN 3 KWSP

Sehingga 31 Ogos 2024, semula ahli berumur 55 tahun kebawah diberi tempoh masa untuk membuat pemindahan dana permulaan akaun 3. Panduan dan butiran lengkap telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – KWSP (AKAUN FLEKSIBEL)

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai inisiatif yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

The post Status Akaun 3 KWSP : Kadar Pengeluaran Yang Dibenarkan appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button