SKK : Tuntutan Bantuan RM1000 Untuk Penerima STR 2024
SKK : Tuntutan Bantuan RM1000 boleh dilakukan untuk penerima STR yang berkelayakan pada tahun ini secara one-off. Seperti sedia maklum, inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini merupakan sebahagian insentif di bawah Belanjawan 2024.
SKK : TUNTUTAN BANTUAN RM1000
Pihak kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan program Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun kedua. Pembayaran akan diagihkan secara berperingkat melalui 4 fasa dan dijangka selesai pada bulan November nanti.
Tahukah kalian, terdapat sebuah skim bantuan berjumlah RM1000 yang boleh dituntut oleh penerima STR pada tahun ini. Skim Khairat Kematian atau SKK ini merupakan lanjutan daripada program STR 2024.
Pemberian insentif SKK bernilai RM1000 ini adalah sebahai bantuan tambahan bagi memberi manfaat kepada penerima STR. Ini merupakan program yang ditawarkan kerajaan bagi membantu rakyat yang mengalami kematian dalam kalangan ahli keluarga penerima Sumbangan Tunai Rahmah.
Skim istimewa SKK ini dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN). Tujuan utama skim ini disediakan adalah bagi mengurangkan beban bagi menanggung kos pengebumian dan pengurusan jenazah.
KELAYAKAN TUNTUTAN BANTUAN SKK RM1000
Seperti yang telah dimaklumkan mengenai konsep skim ini, mereka yang berkelayakan untuk membuat tuntutan adalah waris kepada penerima STR. Antara kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
- Kategori isi rumah, bujang, warga emas
- Penerima STR yang meninggal dunia pada tarikh 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024
- Pewaris kepada si mati
Pewaris yang layak membuat tuntutan bantuan RM1000 secara one-off ini adalah seperti :
- Pasangan
- Ibu atau bapa
- Anak (Kandung atau tiri)
- Adik beradik
- Cucu
Nota : Tiada sebarang kelayakan had umur untuk waris ditetapkan. Namun bagi yang berumur 17 tahun ke bawah, dokumen pengenalan diri dan burat bukti pertalian perlu dibawa semasa tuntutan dilakukan.
PANDUAN TUNTUTAN BANTUAN SKK 2024
Skim ini perlu diketahui oleh semua penerima STR kerana ia amat memberi manfaat jika berlaku kematian. Kepada mereka yang berkelayakan tuntutan boleh dilakukan secara sekaligus, untuk panduan lengkap sila layari laman portal rasmi bantuan – SKK 2024
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak lagi kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.
The post SKK : Tuntutan Bantuan RM1000 Untuk Penerima STR 2024 appeared first on Carianterbaru.