BANTUANJKM

Senarai Skim Bantuan JKM ~ Yang Boleh Dimohon Pada Bulan Ini

Senarai Skim Bantuan JKM ~ terdapat pelbagai jenis inisiatif bantuan kewangan yang boleh dimohon pada bulan ini selagi berkelayakan. Pihak JKM telah menyediakan banyak program bantuan kebajikan kepada rakyat dibawah Bajet belanjawan 2024.

SENARAI SKIM BANTUAN JKM 2024

Untuk makluman umum, kerajaan persekutuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan banyak bantuan-bantuan yang boleh dimohon. Kebanyakan skim insentif diberikan adalah secara bantuan bulanan.

Tujuan perlaksanaan inisiatif khas bantuan kebajikan ini adalah bagi mengurangkan beban kos sara hidup terutama bagi golongan sasar. Tarikh bayaran dikreditkan setiap bulan kebiasaannya pada dari 1 haribulan hingga 15 haribulan.

Antara senarai kategori bantuan JKM yang ditawarkan pada tahun ini adalah seperti berikut :

  • Bantuan Kanak-kanak (BKK) – RM1,000 sebulan
  • Bantuan Warga Emas (BWE) – RM500 sebulan
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP) – RM450 sebulan
  • Bantuan Am Persekutuan (BA) – RM350 sebulan
  • Bantuan pekerja OKU (EPOKU)
  • Bantuan alat tiruan/ sokongan (BAT)
  • Bantuan geran pelancaran (GP) – RM2,700 one-off
  • Bantuan latihan perantis (BLP) – RM200 sebulan
  • Bantuan OKU tiada bekerja (BKB)
  • Tabung bantuan segera (TBS)

SYARAT ASAS KELAYAKAN SKIM BANTUAN JKM

Setiap bantuan mempunyai syarat kelayakan yang berbeza, dibawah dikongsikan kriteria asas kelayakan bagi permohonan bantuan JKM :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi (PGK) Pendapatan garis kemiskinan
  • Golongan sasar dan keluarga miskin
  • Menepati kriteria kelayakan bantuan yang ingin dimohon.

PANDUAN DAFTAR & SEMAKAN BANTUAN JKM

Kepada mereka yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan boleh dikemukakan mengikut kategori bantuan yang layak dimohon. Untuk rujukan dan permohonan senarai bantuan sila layari laman portal rasmi – eBantuan JKM

Bagi semakan tarikh bayaran bantuan JKM pula, sila layari pautan rasmi e-Maklum. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan skim bantuan kebajikan, anda boleh hubungi talian khas JKM di – 603 8000 8000.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.

The post Senarai Skim Bantuan JKM ~ Yang Boleh Dimohon Pada Bulan Ini appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button