Bantuan STR Fasa 4 – Inisiatif Sumbangan ini merupakan langkah kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat dari golongan B40, M40 dan miskin. Pembayaran bagi fasa ke-4 pula akan diagihkan pada bulan November 2024.
BANTUAN STR FASA 4 (TARIKH & JUMLAH)
Pemberian sumbangan ini adalah sebahagian daripada usaha untuk meringankan beban kewangan rakyat dalam situasi ekonomi yang mencabar. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, jumlah pembayaran untuk Fasa 4 mungkin berbeza mengikut kategori penerima.
Penerima yang layak akan diberikan sumbangan secara terus. Ia adalah penting bagi semua yang mempertimbangkan untuk mendapatkan bantuan ini untuk menyemak kelayakan mereka serta maklumat terkini yang telah disediakan oleh pihak berkuasa.
Jangkaan kadar bayaran bantuan STR fasa 4 (berikutnya) adalah seperti berikut mengikut kategori :
- Bujang : RM100
- Warga emas : RM150
- Isi rumah : RM100 – RM650 (Kadar mengikut bilangan anak dan pendapatan bulanan).
Jadual tarikh bayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah bagi sesi 2024 adalah seperti berikut :
- STR Fasa 1 – 29 Januari 2024
- STR Fasa 2 – 3 April 2024
- STR Fasa 3 – 29 Ogos 2024
- STR Fasa 3 – November 2024.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada belanjawan tahun ini, menunjukkan komitmen kerajaan dalam memberikan bantuan kewangan kepada golongan yang terjejas. Bayaran yang dilakukan melalui STR Fasa 4 bukan hanya membantu meringankan kesulitan tetapi juga berfungsi sebagai sokongan penting bagi meningkatkan kesejahteraan kehidupan rakyat.
Oleh itu, semua individu yang berhak digalakkan untuk mengambil kesempatan daripada inisiatif ini dan bersedia bagi pengagihan yang akan datang. Untuk membuat semakan status dan kemaskini maklumat terkini, anda boleh layari laman web rasmi kerajaan – MySTR 2024
Pada tahun ini, pemberian STR melibatkan lebih dari 9 juta penduduk Malaysia yang berada dalam kategori bujang, isi rumah dan warga emas. Segala maklumat terbaharu berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebagai rujukan umum.
MAKLUMAT LANJUT
Selain STR terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta insentif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan bagi memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada sepanjang tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.
The post Semakan Tarikh & Jumlah Bayaran STR Fasa Ke-4 appeared first on Carianterbaru.