BANTUANFASA 3STRSumbanganTunaiRahmah

Rasmi : Pemberian Bantuan STR Fasa 3 Dikreditkan Bulan Ini

Rasmi : Pemberian Bantuan STR Fasa 3 akan mula dikreditkan secara menyeluruh pada bulan Ogos ini secara berperingkat. Program STR 2024 adalah sebuah inisiatif kerajaan yang diberikan kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana.

RASMI : PEMBERIAN BANTUAN STR 2024

Kerajaan perpaduan telah memperkenalkan sebuah skim bantuan Sumbangan Tunai Rahmah pada tahun lalu. Atas keprihatinan kepada rakyat, kerajaan bersetuju untuk terus melaksanakan bagi sesi tahun 2024.

Kementerian Kewangan telah memaklumkan sekitar 9 juta penduduk Malaysia akan menerima manfaat daripada insentif STR 2024. Pembayaran bantuan kewangan ini disalurkan secara berperingkat melalui empat fasa.

Kadar jumlah bayaran STR diberikan bermula daripada RM350 sehingga RM2,500 setahun. Kategori penerima adalah dari golongan B40 dan M40 berstatus bujang, warga emas dan isi rumah.

JADUAL RASMI PEMBERIAN BANTUAN STR

Pihak kerajaan telah mengumumkan jadual rasmi pembayaran STR sesi 2024 mengikut fasa seperti di bawah :

  • Bayaran fasa 1 : Bermula 29 Januari 2024 (Selesai)
  • Bayaran fasa 2 : Bermula 3 April 2024 (Selesai)
  • Bayaran fasa 3 : Hujung bulan Ogos 2024 (Tarikh akan dikemaskini)
  • Bayaran fasa 4 : Bermula November 2024.

Untuk makluman umum, pengkreditan bayaran STR fasa ketiga akan mula diagihkan tidak lama lagi. Segala maklumat terkini mengenai tarikh bayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebagai rujukan umum.

KADAR BAYARAN BANTUAN STR FASA 3

Kadar bayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah fasa 3 adalah dari RM100 sehingga RM800 dan jumlah ditentukan mengikut kategori. Kepada yang tidak tahu atau terlepas pandang, dibawah disediakan jumlah bayaran STR 2024 mengikut kategori penerima.

Kategori Isi Rumah B40

  • Bilangan anak (0) : RM1,000
  • Bilangan anak (1-2) : RM1,500
  • Bilangan anak (3-4) : RM2,000
  • Bilangan anak (5>) : RM2,500

Keluarga / Isi Rumah M40

  • Bilangan anak (0) : RM500
  • Bilangan anak (1-2) : RM750
  • Bilangan anak (3-4) : RM1,000
  • Bilangan anak (5>) : RM1,250

Kategori Bujang & Warga Emas

  • Belia : RM350
  • Warga emas tiada pasangan : RM600.

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR OGOS INI

Kepada penerima sedia ada sumbangan tunai rahmah, pada bulan Ogos ini semakan status bayaran boleh dibuat secara online. Untuk semakan sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – STR 2024

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Pada tahun ini kerajaan telah memperkenalkan lebih banyak kemudahan dan inisiatif bantuan bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

The post Rasmi : Pemberian Bantuan STR Fasa 3 Dikreditkan Bulan Ini appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button