BANTUANFASA 3STR

Rasmi : Bayaran STR Fasa Ke-3 Dikreditkan 29 Ogos Ini

Rasmi : Bayaran STR Fasa ke-3 akan mula dikreditkan pada 29 Ogos ini bersamaan hari khamis minggu hadapan. Tarikh pembayaran bantuan tunai STR ini telah diumumkan dalam siaran media 8 perenggan oleh Kementerian Kewangan pada tahun ini.

RASMI : BAYARAN STR FASA-3 DIKREDITKAN

Pihak kerajaan perpaduan telah membuat pengumuman melalui hebahan rasmi di laman facebook Kementerian Kewangan. Di dalam kenyataan tersebut, tarikh rasmi bayaran STR fasa 3 akan mulai 29 Ogos 2024 (Khamis).

Pada pembayaran fasa kali ini, kategori yang terlibat adalah bujang, warga emas dan isi rumah yang berada dalam golongan B40 dan M40. Program pemberian STR 2024 akan memberi manfaat kepada lebih 9 juta penduduk Malaysia.

Pada pembayaran fasa ketiga, seramai 8.5 juta rakyat akan menerima Sumbangan Tunai Rahmah sehingga RM650. 3 kategori utama STR akan terlibat menerima bayaran bantuan kewangan ini.

Bermula khamis hadapan, penyaluran bantuan akan mula diagihkan secara pengkreditan ke dalam akaun bank. Bagi penerima tiada kad bank, tuntutan secara tunai boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN dengan pengesahan kad pengenalan.

JADUAL TARIKH RASMI BAYARAN STR 2024

Berikut adalah jadual rasmi bagi pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah mengikut fasa pada tahun ini :

  • Bantuan tunai STR Fasa 1 : Dibayar pada 29 Januari 2024
  • Bantuan tunai STR Fasa 2 : Dibayar pada 3 April 2024
  • Bantuan tunai STR Fasa 3 : Dibayar pada 29 Ogos 2024
  • Bantuan tunai STR Fasa 4 : Dibayar pada November 2024.

KADAR BANTUAN STR FASA 3

Untuk makluman umum, jumlah bayaran fasa 3 adalah sehingga RM650 dan amaun ditentukan mengikut kategori. Kepada penerima sedia ada, anda boleh membuat semakan status bayaran fasa 3 secara dalam talian.

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR OGOS INI

Pada bulan ini, rakyat boleh membuat semakan status bayaran masing-masing, ikuti langkah-langkah seperti dibawah :

  1. Sila layari laman portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah – MySTR 2024
  2. Kemudian log masuk menggunakan kad pengenalan dan kata laluan
  3. Klik butang ‘semak’ dan sahkan
  4. Pada halaman utama, sila tekan ‘Semakan Permohonan’
  5. Status bayaran anda akan dipaparkan pada skrin utama.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta insentif bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Rasmi : Bayaran STR Fasa Ke-3 Dikreditkan 29 Ogos Ini appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button