FASA 3STRSumbanganTunaiRahmah

Rasmi : Bayaran STR Berikutnya Dikreditkan Ogos Ini

Rasmi : Bayaran STR Berikutnya iaitu fasa ketiga (3) akan mula dikreditkan pada bulan Ogos ini secara menyeluruh kepada penerima. Dalam Belanjawan 2024, Kementerian kewangan telah memaklumkan pemberian STR ini adalah sebahagian bantuan kewangan yang dilaksanakan pada tahun ini.

RASMI : BAYARAN STR BERIKUTNYA OGOS INI

Pihak kerajaan telah bersetuju untuk terus melancarkan pemberian bantuan (Sumbangan Tunai Rahmah) bagi sesi 2024. Program STR telah menggantikan bantuan kewangan sebelum ini seperti BSH, BPN, BPR dan BKM.

Seperti sedia maklum tidak lama lagi pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah akan mula disalurkan kepada penduduk Malaysia yang berkelayakan. Pemberian sumbangan khas ini membabitkan tiga kategori utama iaitu belia bujang, warga emas dan isi rumah.

Dua fasa pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebelum ini telah dibayar pada bulan Januari dan April lalu. Dijangkakan kadar bayaran yang akan dikreditkan pada fasa berikutnya ini adalah sehingga RM800.

TARIKH BAYARAN STR FASA BERIKUTNYA

Buat masa ini hanya maklumat berkenaan bulan Ogos adalah jadual bayaran bagi fasa ketiga, tarikh rasmi akan diumumkan oleh kerajaan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Bagi mereka yang terlepas pandang, berikut dikongsikan jadual rasmi bayaran STR mengikut fasa sepanjang tahun ini :

  • Bayaran STR fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Bayaran STR fasa 2 : 3 April 2024
  • Bayaran STR fasa 3 : Ogos 2024 (dijangkakan sebelum pertengahan bulan)
  • Bayaran STR fasa 4 : November 2024

PENERIMA STR LAYAK TERIMA BAYARAN TAMBAHAN

Untuk makluman umum, sebahagian penerima sedia ada STR layak menerima insentif tambahan yang dikenali sebagai MyKasih SARA. Pemberian Sumbangan Asas Rahmah ini disediakan pada kadar sehingga RM1,200 setahun.

Mereka yang berkelayakan adalah dari kategori warga emas, isi rumah dan bujang yang berstatus miskin / miskin tegar. Bagi mereka yang buka berstatus ‘bukan’ miskin atau miskin tegar akan menerima bantuan SARA pada kadar RM150 dan RM300.

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR BERIKUTNYA

Setiap penerima Sumbangan Tunai Rahmah boleh membuat semakan status bayaran mengikut fasa sepanjang tahun ini. Untuk semakan sila layari laman portal rasmi bantuan – STR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Selain STR, terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta insentif berbentuk bantuan telah disediakan oleh agensi kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post Rasmi : Bayaran STR Berikutnya Dikreditkan Ogos Ini appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button