Program Rumah Mesra Rakyat – Kerajaan Malaysia menerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah melancarkan inisiatif (RMR). Perlaksanaan program khas ini bertujuan untuk membantu rakyat menduduki rumah yang selesa dan mampu milik.
Inisiatif ini disediakan terutama disasarkan kepada golongan yang memenuhi syarat kelayakan, memberi mereka peluang untuk memiliki rumah dengan pembiayaan yang lebih baik.
PROGRAM RUMAH MESRA RAKYAT 2025
Rumah Mesra Rakyat atau RMR ini adalah inisiatif kerajaan yang bertujuan membantu kelompok B40 dan M40 untuk memiliki rumah pertama yang selesa. Salah satu faedah utama program ini adalah pemberian subsidi pembinaan rumah sebanyak RM20,000 untuk pemohon yang layak.
Subsidi ini bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan pemohon sekaligus membuka jalan kepada mereka untuk memiliki rumah. Kadar bayaran bulanan bagi rumah RMR juga sangat berpatutan, bermula serendah RM300 sebulan, menjadikan impian untuk memiliki rumah lebih mudah dicapai.
SYARAT KELAYAKAN RUMAH MESRA RAKYAT
Lebih menarik lagi, syarat kelayakan gaji untuk permohonan Rumah Mesra Rakyat telah diperbaharui. Kini, pemohon hanya perlu mempunyai pendapatan minima RM5,000 sebulan untuk layak.
Ini adalah langkah positif bagi meningkatkan aksesibiliti kepada program ini, terutama bagi mereka yang sebelum ini mungkin menghadapi kesukaran untuk memenuhi syarat yang lebih ketat.
Kriteria syarat asas kelayakan RMR 2025 :
- Warganegara Malaysia (Individu yang ingin memohon wajib rakyat Malaysia)
- Kelayakan umur pemohon (18 tahun dan keatas)
- Pendapatan bulanan isi rumah (tidak melebihi RM5,000 sebulan)
- Saiz minimum tapak (tidak kurang daripada 3,000 kaki persegi
- Belum memiliki rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang dan tidak sesuai didiami
- Jika pemohon berumur 42 keatas perlu meletakkan penama kedua berumur 18 hingga 41 tahun.
DAFTAR RUMAH MESRA (RMR) 2025 SEGERA
Kepada yang berminat jangan lepaskan peluang untuk mendaftar bagi mendapatkan sebuah unit RMR yang ditawarkan pada kadar harga mampu milik. Untuk butiran lengkap dan panduan mohon, sila kunjungi laman rasmi RMR 2025 – https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat/
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Terdapat lebih banyak lagi program dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah ditawarkan kepada rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.
The post Program Rumah Mesra Rakyat – Bayaran Serendah RM300 appeared first on Carianterbaru.