Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) merupakan inisiatif yang bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia dalam mendapatkan rumah yang selesa. Inisiatif ini telah menggantikan program perumahan rakyat terdahulu, PPRT, dan dilaksanakan sejak 30 tahun lalu.

Menerusi program ini, rakyat dapat memanfaatkan pelbagai jenis bantuan perumahan yang telah disediakan.

PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT SEJAHTERA (PPRS)

PPRS menawarkan dua kategori utama bantuan iaitu baik pulih rumah dan bina baru sebuah kediaman. Melalui bantuan baik pulih, rakyat dapat melakukan pengubahsuaian dan pembaikan kepada rumah mereka yang sedia ada.

Ini membolehkan mereka tinggal dalam persekitaran yang lebih selamat dan selesa. Di samping itu, bagi mereka yang tidak memiliki rumah, PPRS turut menyediakan bantuan untuk membina rumah baru, memberikan peluang kepada lebih ramai rakyat untuk memiliki kediaman sendiri.

Pelaksanaan inisiatif ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat. Dengan adanya PPRS, rakyat dapat menikmati perlindungan perumahan yang lebih baik serta hasrat untuk memiliki rumah sendiri dapat direalisasikan.

Inisiatif ini bukan sahaja memberikan manfaat secara langsung kepada individu dan keluarga tetapi juga menyumbang kepada pembangunan komuniti yang lebih baik dan sejahtera. Program bantuan rumah ini ditawarkan khusus kepada golongan memerlukan terutama miskin tegar yang tiada kediaman tetap.

KELAYAKAN MOHON PERUMAHAN RAKYAT SEJAHTERA

Antara kriteria syarat-syarat kelayakan yang telahpun ditetapkan adalah seperti berikut :

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia
  • Berdaftar dalam sistem e-kasih
  • Menetap di kawasan luar bandar
  • Tanah persendirian / tanah milik orang lain atau kerajaan (perlu kebenaran guna tanah)
  • Pendapatan bulanan dibawah (PGK) pendapatan garis kemiskinan.

PANDUAN MOHON PROGRAM PERUMAHAN (PPRS)

Kepada yang masih belum memiliki rumah dan berada dalam kelompok memerlukan, jangan lepaskan peluang mendaftar inisiatif bantuan rumah PPRS. Panduan lengkap dan cara mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi – PPRS 2025

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Pelbagai jenis inisiatif, kemudahan dan bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan MADANI sepanjang tahun ini bagi membantu penduduk Malaysia. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) : Panduan Mohon appeared first on Carianterbaru.

Categorized in: