PPRSRUMAH

Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) Diperkenalkan

Program Perumahan Rakyat Sejahtera atau PPRS diperkenalkan bagi menggantikan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Kerajaan telah memaklumkan perkara ini bagi menambah baik program yang dilaksanakan untuk manfaat kepada rakyat.

PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT SEJAHTERA (PPRS)

Pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah mengumumkan penjamaan semula program perumahan rakyat termiskin (PPRT). Nama yang diganti adalah kepada Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).

Bukan nama sahaja ditukar, keluasan ruangan rumah juga ditambah baik kepada 680 kaki persegi berbanding sebelum ini hanya 600 kaki persegi. Tujuan penjenamaan semula ini adalah bagi menukar persepsi dan minda penghuni rumah berkenaan terhadap projek yang dilancarkan dibawah kementerian.

Perkara ini telah dimaklumkan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap di Kota Tinggi sempena Permukiman Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Mereka yang berkelayakan bakal menerima manfaat berbentuk rumah ini.

PERINCIAN PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT SEJAHTERA

Konsep sewa kepada memiliki atau rent to own yang diperkenalkan akan mengurangkan beban rakyat yang mana akhirnya akan menjadikan mereka sebagai pemilik rumah secara mutlak. Projek-projek perumahan PPRT nanti akan mempunyai keluasan 680 kaki persegi bagi seunit rumah.

Pihak kerajaan juga memaklumkan sepanjang tahun 2024, KKDW telah memperuntukan sekitar RM460.4 juta untuk membina 3000 unit PPRS. Manakala sekitar 12600 unit akan dibaik pulih rumah berkenaan.

Dengan penukaran nama kepada PPRS kerajaan yakin dan menukar persepsi dan minda penduduk-penduduk rumah PPRT dengan spesifikasi yang baharu. Segala makluman ini telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri pada sidang akhbar selepas penyampaian rumusan di pemukiman KKWS Desaru.

SYARAT KELAYAKAN & PANDUAN DAFTAR PROGRAM

Kepada mereka yang belum memiliki rumah sendiri dan berada dalam lingkungan pendapatan sederhana dan rendah. Anda boleh mendaftar untuk dapatkan manfaat yang ditawarkan oleh kerajaan ini.

Panduan lengkap dan butiran penuh telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – TEDUH (KPKT)

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) Diperkenalkan appeared first on Carianterbaru.

Back to top button