Program MyLesen B2 2025 – Kerajaan MADANI telah melancarkan program inisiatif bantuan lesen bagi membantu golongan B40. Program ini bertujuan untuk memberikan akses kepada lesen memandu Malaysia (LMM) kelas B2 secara percuma pada tahun 2025.
Dengan pelaksanaan program khas ini, kerajaan berharap dapat memberikan manfaat yang signifikan kepada rakyat.
PROGRAM MYLESEN B2 TAHUN 2025
Program Mylesen B2 bukan sahaja membantu individu yang layak untuk mendapatkan lesen memandu, tetapi juga membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan mobiliti mereka. Dengan lesen memandu, individu dari golongan B40 dapat meningkatkan kemampuan mereka untuk mencari pekerjaan jauh dari rumah, seterusnya dapat menyokong ekonomi keluarga.
Inisiatif ini merupakan salah satu langkah untuk mengurangkan jurang sosial dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Pihak kerajaan komited untuk meneruskan pelaksanaan program ini sehingga tahun 2025 bagi memastikan lebih ramai individu mendapat peluang yang sama.
Penglibatan masyarakat dalam proses pendaftaran MyLesen B2 dan pelaksanaan juga sangat digalakkan. Melalui Mylesen B2, lebih ramai rakyat Malaysia dapat merasai manfaat memiliki lesen memandu, sekaligus meningkatkan taraf hidup mereka.
Kerajaan Madani percaya bahawa akses kepada lesen adalah hak setiap individu yang layak, dan program ini adalah bukti usaha untuk merealisasikan visi tersebut. Program khas ini dilaksanakan sepenuhnya dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan institusi memandu di seluruh Malaysia.
SYARAT KELAYAKAN PROGRAM MYLESEN B2
Bagi memastikan anda dapat menyertai program khas ini, pastikan anda menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 16 tahun dan keatas.
- Bebas dari semua senarai hitam JPJ, PDRM dan mahkamah.
- Berada dalam kelompok keluarga B40.
- Tidak memiliki sebarang lesen memandu Malaysia (LMM).
- Sihat fizikal dan mental.
Dengan adanya program seperti ini, kerajaan berharap agar lebih ramai penduduk Malaysia memiliki lesen yang sah. Secara tidak langsung dapt memupuk budaya keselamatan jalan raya dan mengurangkan risiko kemalangan.
MUAT TURUN BORANG MYLESEN B2
Untuk makluman umum, pendaftaran MyLesen B2 akan dibuka pada tarikh yang ditetapkan mengikut negeri masing-masing. Sila muat turun borang permohonan melalui laman rasmi JPJ – https://www.jpj.gov.my/
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Pada tahun ini bermacam jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan pada memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.
The post Program Mylesen B2 2025 : Muat Turun Borang Permohonan appeared first on Carianterbaru.