Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) adalah inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia sejak pada tahun 2023. Dilaksanakan di bawah kementerian perdagangan dalam negeri (KPDN), program ini bertujuan untuk membantu rakyat yang terkesan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.
PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI
Program ini memberikan peluang kepada rakyat untuk membeli barangan keperluan harian dengan penjimatan harga yang signifikan. Dengan menawarkan diskaun antara 10% hingga 30% dari harga asal, PJRM memastikan bahawa lebih ramai penduduk, terutamanya golongan B40, dapat menikmati barangan dengan harga yang lebih berpatutan.
Setiap penduduk Malaysia terutama golongan memerlukan wajib mengikuti program jualan rahmah ini kerana dapat meringankan beban perbelanjaan dengan tawaran harga rendah.
PERLAKSANAAN JUALAN RAHMAH SEPANJANG RAMADAN
PJRM akan terus dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan, satu waktu penting bagi umat Islam. Dengan adanya program ini, diharapkan rakyat akan dapat mengurangkan beban kewangan mereka, terutamanya dalam menyediakan juadah berbuka puasa.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk mendengar dan memenuhi keperluan rakyat dalam waktu-waktu sukar. Perlaksanaan jualan rahmah ini akan terus dilancarkan menjelang aidilfitri agar dapat membantu dari segi persiapan hari raya.
Antara barang-barang yang diberikan diskaun sehingga 30% adalah seperti :
- Ayam, ikan & hasil laut
- Telur ayam, gula putih bertapis
- Minyak masak jenis botol
- Tepung gandum & sayur sayuran
- Beras & buah buahan
- Barangan keperluan sekolah
- Lampin pakai buang & barangan penjagaan diri
- Keperluan harian dan ubat ubatan.
Nota : Lokasi (Program Jualan Rahmah MADANI) PJRM dilaksanakan di setiap 222 kawasan parlimen seluruh negara. Untuk lebih informasi berkenaan jualan rahmah atau semakan lokasi, sila kunjungi laman rasmi – KPDN (JUALAN RAHMAH) 2025 sebagai rujukan.
The post Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) Sepanjang Ramadan appeared first on Carianterbaru.