Program Intervensi 3M : Meningkatkan Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira
Program Intervensi 3M adalah merupakan inisiatif yang direka untuk memberikan sokongan tambahan dalam menguasai kemahiran asas yang penting. Dengan adanya program ini dapat membantu dan meningkatkan daya membaca, menulis, dan mengira.
Program ini dilancarkan bertujuan untuk membantu pelajar yang mengalami kesulitan dalam proses pembelajaran mereka.
Matlamat Program Intervensi 3M
Lebih daripada 120,000 murid/ pelajar tahun 1 sesi persekolahan 2024/2025 dikenalpasti akan mengikuti program khas ini. Azman Adnan selaku Ketua Pengarah Pedidikan telah memaklumkan angka tersebut mewakili 27 peratus daripada keseluruhan 448,000 murid tahun 1 yang berdaftar di sekolah bawah KPM.
Salah satu matlamat utama program ini adalah untuk mengatasi masalah ketidakupayaan dalam kemahiran 3M. Ia dirangka supaya tidak hanya mengukuhkan pengetahuan sedia ada tetapi juga membina keyakinan diri pelajar.
Dengan pendekatan yang bersifat inklusif, program ini menggalakkan penglibatan aktif murid dalam setiap sesi pembelajaran. Perkara ini penting kerana murid pada tahap 7 tahun atau darjah 1 perlu mendapatkan pendedahan yang baik untuk pertumbuhan dan pendidikan.
Kaedah Pelaksanaan dan Keberkesanan
Pelaksanaan Program Intervensi 3M melibatkan pelbagai strategi pembelajaran interaktif termasuk permainan, aktiviti bersosial, dan pembelajaran berasaskan projek. Statistik menunjukkan bahawa pelajar yang terlibat dengan program ini menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam kemahiran membaca, menulis, dan mengira.
Dengan sokongan yang tepat, semua pelajar berpotensi untuk memperbaiki prestasi akademik mereka. Murid akan dimasukkan ke program intervensi berikutnya jika belum berada pada tahap penguasaan minimum.
The post Program Intervensi 3M : Meningkatkan Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira appeared first on Carianterbaru.