Program BLP – Bantuan RM200 Sebulan untuk Belia
Program BLP – Bantuan RM200 sebulan ini adalah sebuah inisiatif yang dirancang untuk membantu golongan muda, khususnya belia bujang. Skim ini merupakan salah satu usaha yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah belanjawan 2024.
PROGRAM BLP – BANTUAN RM200
Bantuan ini diperkenalkan bertujuan untuk memberikan sokongan kewangan kepada belia yang mungkin menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian mereka. Dengan bantuan RM200 sebulan, diharapkan golongan muda dapat mengurangkan beban kewangan dan menyediakan ruang untuk meneruskan kemahiran atau latihan yang lebih baik.
Ini merupakan langkah penting dalam meningkatkan kesejahteraan ekonomi dalam kalangan golongan belia. Menerusi program BLP ini, pelatih dan penghuni institusi kebajikan layak menerima insentif bulanan ini.
KELAYAKAN MEYERTAI PROGRAM BLP
Program ini akan dikendalikan oleh JKM dengan penuh perhatian dan tanggungjawab. Untuk memenuhi syarat kelayakan, pemohon haruslah terdiri daripada belia bujang yang berstatus warganegara Malaysia.
Selain itu, mereka perlu memenuhi kriteria tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak JKM untuk memastikan bantuan ini benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan. Kepada yang layak dipersilakan untuk memohon dan mengambil kesempatan daripada inisiatif ini.
Antara kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti :
- Warganegara Malaysia
- Penerima bantuan tunai JKM
- Anak-anak klien JKM
- Pemohon sedang menganggur
- Bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan masyarakat
- Kes-kes seliaan akhlak
- Berada dibawah perintah khidmat masyarakat.
Tujuan perlaksanaan bantuan latihan perantis (BLP) :
- Meningkatkan potensi mendapatkan pekerjaan
- Mengasah kemahiran melalui latihan sambil bekerja
- Dapat kurangkan masalah pengangguran dalam komuniti belia.
CARA MOHON BANTUAN BLP RM200
Untuk makluman umum, pendaftaran permohonan menyertai program bantuan latihan perantis ini dibuka sepanjang tahun ini. Kepada yang berminat, pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian atau manual di pejabat JKM berdekatan.
Untuk panduan lengkap dan cara mohon, sila layari laman portal rasmi – eBantuan (BLP)
Jika anda mempunyai sebarang bertanyaan berkenaan program BLP ini sila hubungi talian khas Jabatan Kebajikan Masyarakat di – 603 8000 8000.
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.
The post Program BLP – Bantuan RM200 Sebulan untuk Belia appeared first on Carianterbaru.