Program Bantuan SKAS 2025 – Dalam usaha meringankan beban kos sara hidup rakyat, kerajaan negeri Sarawak telah memperkenalkan insentif baru. Inisiatif Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) telah diperkenalkan semasa sidang belanjawan 2025.
PROGRAM BANTUAN SKAS 2025
Program ini diharapkan dapat memberikan sokongan kepada golongan berpendapatan rendah dan membantu mereka dalam menghadapi cabaran kewangan harian.
Peruntukan sebanyak RM450 juta telah disediakan untuk Program SKAS, yang dijangka memberi manfaat kepada sekitar 850,000 penerima. Ini menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan semua rakyat Sarawak dapat menikmati bantuan yang diperlukan.
Setiap penerima akan menerima sumbangan antara RM250 hingga RM800, bergantung kepada kelayakan yang ditentukan berdasarkan pendapatan bulanan serta bilangan anak dalam keluarga.
Kelayakan untuk menerima bantuan ini adalah berdasarkan gaji bulanan, dengan keluarga yang mempunyai pendapatan rendah diberi keutamaan. Di samping itu, proses permohonan dirancang bagi memudahkan rakyat yang ingin mendapatkan bantuan ini.
Melalui program ini, kerajaan negeri berharap dapat mengurangkan tekanan kewangan yang dialami oleh rakyat dan memastikan kesejahteraan rakyat Sarawak terjaga. Berikut adalah syarat kelayakan dan kadar bantuan yang telah ditetapkan mengikut kategori :
- Bujang pendapatan di bawah RM2,500 sebulan : RM250
- Isi rumah pendapatan dibawah RM5,000 sebulan : RM800
- Warga emas pendapatan dibawah RM5,000 sebulan : RM400.
PENDAFTARAN & JADUAL BAYARAN SKAS 2025
Buat masa ini kerajaan negeri belum keluarkan kenyataan berkenaan cara daftar dan jadual bayaran. Untuk butiran lebih lanjut sila kunjungi laman rasmi kerajaan negeri – https://sarawak.gov.my/ untuk rujukan umum.
The post PROGRAM BANTUAN SKAS 2025 :INSENTIF SEHINGGA RM800 appeared first on Carianterbaru.