Akaun 3KWSP

Perlaksanaan Akaun 3 KWSP : Pengeluaran Pada Bila-Bila Masa

Perlaksanaan Akaun 3 KWSP membolehkan pengeluaran simpanan pada bila-bila masa secara fleksibel pada tahun ini. Untuk makluman umum, satu lagi kemudahan akaun akan diperkenalkan bermula bulan Mei 2024.

PERLAKSANAAN AKAUN 3 KWSP

Seperti sedia maklum, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bakal melancarkan satu lagi akaun bagi memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Akaun 3 atau akaun fleksibel ini mempunyai fungsi tersendiri berbanding akaun 1 dan akaun 2.

Pencarum KWSP di bawah umur 55 tahun boleh membuat pengeluaran secara fleksibel pada bila-bila masa melalui akaun 3 nanti. Dijangkakan transaksi akaun ketiga atau akaun fleksibel tersebut akan bermula pada 11 Mei 2024.

Akaun fleksibel ini adalah akaun baharu terdiri daripada 10 peratus jumlah simpanan ahli yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Akaun ini diwujudkan adalah bagi memenuhi keperluan kewangan ahli untuk jangka masa pendek.

Walaupun ianya fleksibel, pihak KWSP mensarankan pengeluaran dilakukan hanya pada waktu kecemasan untuk keperluan mendesak sahaja. Akaun KWSP distrukturkan semula dengan pengenalan akaun persaraan (Akaun 1), akaun sejahtera (akaun 2) dan akaun fleksibel (akaun 3).

BUTIRAN & PERINCIAN AKAUN 3 KWSP

Bermula 11 Mei 2024, setiap ahli yang berusia 55 tahun boleh membuat pilihan menyertai fasa pengumpulan simpanan bagi akaun 3 KWSP. Akaun fleksibel ini akan bermula dengan sifar (0) dan diberi masa sehingga Ogos 2024 untuk menetapkan jumlah simpanan pertama.

Caruman baharu yang akan dikreditkan selepas perlaksanaan adalah 75% untuk akaun 1, 15% untuk akaun 2 dan 10% bagi akaun 3 KWSP. Ahli dibenarkan membuat pindahan wang pada kadar ditetapkan dari akaun sejahtera ke dalam akaun fleksibel.

Dengan adanya akaun ketiga ini bakal memberi peluang ahli menguruskan kewangan dan manfaat. Namun ahli perlu berhati-hati kerana dengan menggunakan wang berlebihan akan menjejaskan simpanan untuk persaraan kelak.

SEMAKAN SENARAI PENGELUARAN KWSP YANG DIBENARKAN

Untuk makluman, pihak KWSP telah menyediakan pelbagai jenis pengeluaran melalui akaun 1 dan akaun 2 untuk tujuan tertentu. Untuk semakan senarai pengeluaran dan butiran lengkap, sila layari laman portal rasmi – KWSP 2024 yang telah dikemaskini.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah diperkenalkan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Perlaksanaan Akaun 3 KWSP : Pengeluaran Pada Bila-Bila Masa appeared first on Carianterbaru.

Back to top button