PPR Untuk Disewa adalah merupakan sebuah program ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan pada tahun ini. Untuk pengetahuan umum, Program Perumahan Rakyat atau PPR ini masih terus dilaksanakan sehingga sekarang.
PROGRAM PPR UNTUK DISEWA
Kerajaan telah memperkenalkan inisiatif Program Perumahan Rakyat (PPR) yang bertujuan bagi penyediaan rumah/ kediaman. Permohonan rumah PPR ini diberi keutamaan kepada golongan berpendapatan rendah dan penempatan semula penduduk setinggan.
Perlaksanaan program khas ini dikendalikan oleh pihak Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian Kerajaan Tempatan. Menerusi program PPR ini merangkumi 2 kategori utama iaitu PPR milik dan PPR disewa.
Kepada mereka yang tidak tahu, skim PPR untuk disewa ini telah dilancarkan bermula Februari 2002 yang ditawarkan kepada golongan sasar. Kadar sewaan yang dikenakan adalah berjumlah serendah RM124 sebulan.
KRITERIA KELAYAKAN PROGRAM PPR DISEWA / DIMILIKI
Antara syarat dan kriteria kelayakan yang telah ditetapkan bagi skim PPR adalah seperti berikut :
- Pemohon dan pasangan berstatus Warganegara Malaysia
- Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM3,000 (B40)
- Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas
- Belum memiliki rumah sendiri
- Memenuhi dan mematuhi terma dan syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri masing-masing.
CIRI-CIRI PROGRAM RUMAH PPR UNTUK DISEWA
Di bawah dikongsikan antara ciri-ciri asas perumahan rakyat seperti :
- PPR di kawasan pinggir bandar : Jenis rumah teres
- PPR di kawasan bandar : Jenis rumah apartmen 5 hingga 8 tingkat
- Keluasan tidak kurang dari 700 kaki persegi
- Mempunyai 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 ruang dapur dan 2 bilik air
- Kemudahan persekitaran seperti balai raya, kedai runcit, restoran, surau, tadika, kemudahan OKU, kawasan lapang/ padang, rumah sampah dan taman permainan.
PANDUAN DAFTAR & MOHON PROGRAM PPR
Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan PPR untuk disewa atau dimiliki boleh dikemukakan pada tahun ini. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – PPR KPKT
MAKLUMAT LANJUT
Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta insentif berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan-bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.
The post PPR Untuk Disewa : Bayaran Bulanan Serendah RM124 appeared first on Carianterbaru.