Permohonan Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk membantu golongan B40 mendapatkan kediaman yang mampu milik. Sebagai warganegara, adalah penting untuk memanfaatkan peluang ini demi kesejahteraan keluarga.

Kadar sewaan yang ditawarkan hanyalah RM124 sebulan, menjadikannya pilihan yang sangat mesra bajet untuk setiap isi rumah.

PERMOHONAN PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT 2025

Kepada yang terlepas pandang, program perumahan rakyat atau PPR ini telah dilaksanakan lebih sedekad. Sehingga tahun ini ramai golongan B40 telah menerima manfaat daripada inisiatif rumah PPR ini.

Antara keistimewaan lain yang boleh dinikmati oleh pemohon adalah harga jualan rumah PPR yang berpatutan. Rumah PPR dijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia, manakala di Sabah dan Sarawak, harga tersebut adalah RM42,000 seunit.

Kadar ini adalah sangat berdaya saing dan memberi peluang kepada keluarga untuk memiliki kediaman sendiri tanpa perlu terbeban dengan kos yang tinggi. Untuk memohon program PPR, para pemohon disarankan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat dan prosedur yang ditetapkan.

Proses pendaftaran kini lebih mudah dan boleh dijalankan secara dalam talian. Hal ini diharapkan mampu mempercepatkan proses pemilihan bagi mereka yang layak dan ingin memulakan langkah ke arah memiliki rumah sendiri.

CIRI-CIRI PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT

Berikut adalah ciri-ciri reka bentuk bagi rumah PPR tahun ini :

  • Rumah jenis bertingkat (6 hingga 18 aras) kawasan bandar
  • Rumah jenis teres – kawasan luar bandar
  • Mempunyai 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 dapur dan 2 bilik air
  • Keluasan seunit rumah PPR (700 kaki persegi).

2 kategori PPR adalah seperti berikut :

  • Rumah PPR untuk disewa : RM124 sebulan
  • Rumah PPR untuk dimiliki : RM35,000 – RM42,000 seunit.

Antara kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan dalam permohonan rumah PPR adalah seperti :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Berumur 18 tahun dan keatas
  • Belum memiliki rumah sendiri
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM3,000
  • Memenuhi syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

PANDUAN DAFTAR PROGRAM PERUMAHAN PPR

Kepada mereka yang berkelayakan, jangan lepaskan peluang bagi mendapatkan manfaat daripada program khas ini. Untuk pendaftaran dan butiran lanjut, sila layari laman rasmi – PPRS 2025

MAKLUMAT SELANJUTNYA 

Terdapat lebih banyak lagi kemudahan serta insentif bantuan yang disediakan oleh kerajaan MADANI bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post Permohonan Program Perumahan Rakyat (PPR) Kini Dibuka appeared first on Carianterbaru.

Categorized in: