Permohonan Baucar Buku RM100 Untuk Pelajar IPT Kini Dibuka
Permohonan baucar buku RM100 kini telah dibuka kepada para pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh Malaysia. Pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengumumkan bahawa permohonan untuk Baucar Buku RM100 kini dibuka.
PERMOHONAN BAUCAR BUKU RM100
Seperti yang telah dimaklumkan oleh kerajaan, program baucar buku fasa kedua kini telah mula dilaksanakan. Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 1 juta para pelajar yang berdaftar di bawah KPT dan berstatus aktif hingga 31 Mac 2024.
Pelajar yang layak boleh memohon baucar buku untuk dapatkan manfaat yang disediakan secara percuma ini. Permohonan untuk baucar ini boleh dibuat mulai hari ini dan akan berlangsung sehingga 31 Disember 2024.
Pelajar dikehendaki mengikuti prosedur permohonan yang ditetapkan oleh KPT dan memastikan dokumen yang diperlukan disertakan semasa menghantar permohonan. Maklumat lanjut mengenai cara mendaftar boleh dirujuk melalui laman rasmi KPT.
Baucar Buku RM100 ini bertujuan untuk memberikan sokongan kepada pelajar dalam memperoleh bahan pembelajaran yang diperlukan. Dengan adanya bantuan ini, diharapkan pelajar dapat meningkatkan pencapaian akademik mereka tanpa terlalu memikirkan masalah kewangan.
Bantuan ini juga mencerminkan komitmen kerajaan dalam memberikan pendidikan yang berkualiti dan akses kepada sumber pembelajaran yang lebih baik. Semakan kelayakan dan penebusan baucar RM100 kini boleh dibuat secara dalam talian.
Untuk semak dan tuntut sila layari laman portal rasmi – MYSISWAPLACE yang merupakan agensi dibawah KPT. Kod baucar akan dijana selepas semakan kelayakan dibuat dan boleh digunakan sebelum tarikh luput.
The post Permohonan Baucar Buku RM100 Untuk Pelajar IPT Kini Dibuka appeared first on Carianterbaru.