BANTUANBMTMusimtengkujuhRISDA

Permohonan Bantuan BMT RM800 Tahun 2024 Kini Dibuka

Permohonan Bantuan BMT RM800 bagi sesi tahun 2024 kini telah dibuka kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan. Untuk makluman umum, pendaftaran permohonan dan kemaskini maklumat BMT dibuka bermula 1 Jun 2024 sehingga 30 September 2024.

PERMOHONAN BANTUAN BMT RM800

Kerajaan telah memperkenalkan program Bantuan Musim Tengkujuh atau BMT pada tahun sebelum ini dan masih terus dilaksanakan sehingga hari ini. Kadar bayaran bantuan juga telah dinaikkan kepada RM800 berbanding sebelum ini RM600.

Bayaran bantuan berjumlah RM800 ini akan dikreditkan secara berperingkat 4 fasa pada kadar RM200 setiap bulan. Pemberian sumbangan istimewa ini ditawarkan khusus kepada penduduk Malaysia yang berstatus pekebun kecil dan penoreh getah dibawah RISDA.

Tujuan utama perlaksanaan bantuan tunai BMT ini adalah bagi meringankan beban mereka pada waktu musim tengkujuh. Mereka yang menepati kriteria kelayakan boleh kemukakan permohonan sebelum 31 September tahun ini.

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN BMT

Terdapat 2 kategori syarat asas kelayakan yang telah ditetapkan bagi program BMT 2024 seperti berikut :

KATEGORI PEKEBUN KECIL

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Pemohon merupakan pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA
  • Mempunyai keluasan tanah milikan antara 0.1 sehingga 4.0 hektar
  • Mempunyai kad PAT-G yang masih aktif dan sah

KATEGORI PENOREH GETAH

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Pemohon merupakan penoreh getah yang berdaftar dengan RISDA
  • Keluasan tanah antara 0.1 sehingga 4.0 hektar
  • Perlu surat pengesahan sah dari pemilik tanah/ wakil yang sah
  • Mempunyai kad PAT-G yang masih sah semasa permohonan dilakukan.

CARA DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN BMT 2024

Kepada mereka yang berkeperluan dan berkelayakan, permohonan masih boleh dibuat sebelum tarikh tutup 31 September ini. Panduan cara mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – BMT 2024

Permohonan juga boleh dilakukan secara manual dengan menghadirkan diri ke Pejabat RISDA negeri atau daerah berhampiran anda. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan bantuan khas ini, anda boleh hubungi talian khas RISDA Malaysia (HQ) di – 03 4256 4022.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menawarkan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan bagi mengurangkan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

The post Permohonan Bantuan BMT RM800 Tahun 2024 Kini Dibuka appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button