BANTUANBINGKASeWalletPermohonan

Permohonan Baharu Bantuan Ewallet RM300 Sebulan Kini Dibuka

Permohonan Baharu Bantuan Ewallet bernilai RM300 sebulan kini dibuka kepada golongan pendapatan RM5,000 kebawah. Perlaksanaan program khas ini adalah sebahagian inisiatif bantuan kewangan dibawah kerajaan negeri.

PERMOHONAN BAHARU BANTUAN EWALLET DIBUKA

Mulai 5 Julai 2024, kerajaan negeri Selangor telah membuka permohonan baharu bagi program bantuan kehidupan sejahtera (Bingkas). Kerajaan negeri telah memperuntukan dana bantuan ini sebanyak RM108 juta dengan sasaran manfaat akan diterima oleh 30,000 keluarga.

Progrma Bantuan khas ini menawarkan bantuan kewangan berjumlah RM300 sebulan dan diberikan selama tempoh 24 bulan kepada penerima yang layak. Nilai bantuan yang disalurkan boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas seperti makanan, ubat-ubatan dan kelengkapan pendidikan.

Program bantuan ewallet Bingkas ini telah diperkenalkan pada tahun 2018 dan masih terus dilancarkan bagi meringankan beban kewangan rakyat. Kepada yang menepati kriteria kelayakan jangan lepaskan peluang untuk memohon insentif bantuan tambahan ini.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN EWALLET

Bermula Julai 2024, syarat-syarat khusus kelayakan bagi permohonan bantuan Bingkas ini telah diperbaharui seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Keluarga yang mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) orang tanggungan berumur 18 tahun dan kebawah
  3. Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM5,000
  4. Pengundi berdaftar
  5. Lahir di negeri Selangor atau menetap melebihi 10 tahun di Selangor.

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN EWALLET RM300

Permohonan kini telah dibuka sehingga 15 Ogos 2024, kepada yang berkelayakan dan berkeperluan boleh kemukakan permohonan. Panduan lengkap dan cara mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – Kehidupan Sejahtera (Bingkas)

Untuk memudahkan urusan proses semakan permohonan dari pihak pentadbiran, pemohon perlu sediakan dokumen penting yang diperlukan seperti :

  • Salinan kad pengenalan diri pemohon dan pasangan
  • Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Dokumen sokongan yang berkaitan.

Bagi info tambahan, pendaftaran permohonan juga boleh dilakukan melalui aplikasi SELANGKAH yang boleh dimuat turun di app store/ play store. Untuk sebarang maklumat lanjut boleh diajukan ke talian khas Selcare – 1 800 22 6600 atau melalui emel [email protected].

INFO LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan insentif bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban kewangan rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

The post Permohonan Baharu Bantuan Ewallet RM300 Sebulan Kini Dibuka appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button