Pemberian STR Fasa-1 Tahun 2025 Tidak Lama Lagi
Pemberian STR Fasa-1 / sumbangan tunai rahmah sesi 2025 akan dikreditkan secara berperingkat (fasa) tidak lama lagi. Ini merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu penduduk Malaysia, terutamanya kepada mereka yang layak menerima bantuan kewangan.
PEMBERIAN STR FASA-1 2025
Untuk makluman umum, pembayaran bantuan tunai STR ini dijadualkan bermula pada suku pertama tahun 2025. Inisiatif khas ini akan memberi manfaat kepada lebih 9 juta penduduk Malaysia.
Dengan kehadiran bantuan kewangan seperti ini, diharapkan dapat meringankan beban kehidupan untuk golongan yang memerlukan. Kerajaan diharapkan dapat terus memberi tumpuan kepada isu-isu sosial yang berkaitan dengan kebajikan rakyat.
Melalui pembayaran sumbangan tunai rahmah, proses pengkreditan dilakukan secara berperingkat. Ini memungkinkan pemantauan yang lebih teliti terhadap kesan bantuan tersebut, serta membantu memastikan setiap penerima mendapat manfaat yang sepatutnya.
Penduduk diingatkan untuk menyediakan maklumat yang tepat bagi memastikan tiada isu timbul dalam proses pembayaran ini. Untuk makluman, jumlah bayaran bantuan tunai STR 2025 adalah sehingga RM4,600 setahun.
SYARAT & KATEGORI PENERIMA STR FASA-1 2025
Berikut adalah syarat & kategori penerima bantuan tunai 2025 :
KATEGORI ISI RUMAH
- Status berkahwin atau ibu bapa tunggal / balu / janda duda yang mempunyai tanggungan anak
- Pendapatan bulanan dibawah RM5,000
- Warganegara Malaysia
- Jumlah bayaran bantuan : Sehingga RM2,500
WARGA EMAS
- Warganegara Malaysia
- Berumur 60 tahun dan keatas
- Pendapatan dibawah RM5,000 sebulan
- Jumlah bayaran bantuan : RM1,050
BELIA BUJANG
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun dan keatas
- Bukan pelajar IPTA/ IPTS sepenuh masa
- Jumlah bayaran bantuan : RM600.
SEMAKAN STATUS PEMBERIAN STR 2025
Anda boleh membuat semakan status kelayakan penerima STR bagi fasa pertama tahun 2025 secra dalam talian. Panduan mudah telah disediakan seperti di bawah :
- Sila layari laman rasmi MySTR – https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Tekan butang [MySTR]
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan diri tanpa (-)
- Selesaikan ‘Frasa Keselamatan’ dan masukkan kata laluan yang telah anda tetapkan
- Kemudian tekan butang log masuk dan profil pemohon akan dipaparkan pada skrin
- Klik pada bahagian maklumat bayaran dan status kelayakan serta bayaran STR akan dipaparkan
- Selesai.
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Selain STR, terdapat lebih banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat tempatan. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.
The post Pemberian STR Fasa-1 Tahun 2025 Tidak Lama Lagi appeared first on Carianterbaru.