MySARASARASumbangan Asas Rahmahsumbanganasasrahmah

Pemberian MySARA 2024 : Semakan Jadual & Kategori Penerima

Pemberian MySARA 2024 : Semakan jadual dan kategori penerima disediakan di halaman ini sebagai rujukan umum. Untuk makluman semua, kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan program bantuan khas SARA bagi sesi 2024.

PEMBERIAN MYSARA TAHUN 2024

Kementerian Kewangan telah mengumumkan program khas Sumbangan Asas Rahmah atau MySARA adalah merupakan lanjutan daripada program STR. Bantuan khas ini hanya diberikan kepada penduduk Malaysia yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah sahaja.

Bagi sesi 2024, bantuan tambahan SARA ini diberikan kepada sekitar 700,000 penerima sedia ada bantuan tunai STR. Kelayakan penerima bantuan SARA adalah mereka yang berada dalam kategori bujang, warga emas dan isi rumah.

Jumlah bayaran SARA tahun ini juga dinaikkan kepada RM1,200 berbanding tahun lalu RM600 sahaja. Kadar bantuan adalah berbeza mengikut kelayakan masing-masing.

KATEGORI PENERIMA MYSARA 2024

Kepada yang tidak tahu atau terlepas pandang, berikut dikongsikan kadar jumlah bantuan SARA mengikut kategori penerima :

PENERIMA STR BERSTATUS MISKIN / MISKIN TEGAR

  • Kategori isi rumah dan Warga emas : RM1,200 setahun
  • Kategori bujang : RM600 setahun

PENERIMA STR BERSTATUS ‘BUKAN’ MISKIN / MISKIN TEGAR

  • Kategori isi rumah : RM300 setahun
  • Kategori bujang dan warga emas : RM150 setahun.

JADUAL BAYARAN MYSARA 2024

Bagi pengetahuan umum, pemberian Sumbangan Asas Rahmah (MySARA) disalurkan secara ke dalam mykad secara berperingkat. Bagi penerima STR negeri-negeri di Semanjung, bantuan dikreditkan setiap bulan bermula Januari sehingga Disember 2024.

Manakala bagi penerima STR di negeri Sabah, Sarawak dan Labuan, bayaran akan dikreditkan sebanyak 2 kali pada tahun ini iaitu pada Februari dan Ogos 2024. Untuk penerima bukan miskin tegar, tarikh bayaran akan diumumkan dalam masa terdekat.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PEMBERIAN MYSARA

Sekiranya kalian merupakan penerima sedia ada STR pada tahun ini, semakan status kelayakan boleh dibuat secara dalam talian. Panduan lengkap telah disediakan dan semakan boleh dilakukan melalui laman rasmi – MyKasih SARA

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan bagi mengurangkan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.

The post Pemberian MySARA 2024 : Semakan Jadual & Kategori Penerima appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button