Pemberian insentif Rebat Rahmah – Sempena sambutan Aidilfitri yang akan datang, kerajaan Malaysia telah mengumumkan pemberian insentif yang memberi manfaat. Insentif ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan semasa perayaan dengan menawarkan pelan kuota data tambahan minimum 5GB kepada semua warganegara Malaysia.
PEMBERIAN INSENTIF REBAT RAHMAH
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil telah mengumumkan perlaksanaan pemberian insentif rebah rahmah kepada rakyat Malaysia. Perkara ini telah dimaklumkan pada sidang media mingguan kabinet hari ini.
Semua pengguna yang mempunyai pelan pascabayar atau prabayar daripada syarikat penyediaan perkhidmatan telekomunikasi (telco) yang berdaftar adalah layak untuk menerima insentif ini. Tidak kira sama ada anda seorang pelajar, pekerja, atau warga emas, setiap rakyat Malaysia berpeluang untuk memanfaatkan tawaran istimewa ini.
Tawaran ini tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat telci yang terlibat seperti :
- Maxis
- CelcomDigi
- U Mobile
- TM Tech
- YTL Communications
- Tune Talk
- RedOne
- Pavo Comms
- RedTone dan XOX Com.
Proses untuk mendapatkan insentif rebat rahmah ini sangat mudah. Anda hanya perlu mengakses aplikasi rasmi telco anda dan mengikuti langkah-langkah yang ditetapkan untuk mendaftar.
Selepas pendaftaran, kuota data tambahan minimum 5GB akan dimasukkan ke dalam akaun anda secara automatik. Pastikan anda memperolehi maklumat lanjut daripada penyedia perkhidmatan telekomunikasi untuk maklumat terkini mengenai tawaran ini.
Untuk lebih lanjut anda boleh kunjungi laman rasmi kerajaan – https://www.komunikasi.gov.my/ untuk ketahui perkembangan berkenaan telekomunikasi.
The post Pemberian Insentif Rebat Rahmah Sempena Aidilfitri appeared first on Carianterbaru.