Pemberian bonus raya RM750 telah mula dikreditkan secara berperingkat kepada penjawat awam dan pesara kerajaan. Inisiatif kewangan ini diambil sempena menyambut Aidilfitri tahun 2025, bertujuan untuk meringankan beban kewangan mereka dalam menghadapi musim perayaan.

PEMBERIAN BONUS RAYA RM750

Bonus yang diberikan ini merupakan suatu bentuk penghargaan kepada penjawat awam dan pesara kerana sumbangan mereka terhadap negara. Dengan adanya bantuan kewangan ini, diharapkan ia dapat memberikan sedikit kegembiraan dan bantuan kepada mereka dalam membuat persiapan menyambut hari yang mulia ini.

Pelbagai lapisan masyarakat akan merasai impak positif daripada inisiatif ini. Bantuan khas kewangan aidilfitri ini diberikan kepada penjawat awam gred 56 dan kebawah serta pesara kerajaan.

Proses pengkreditan bonus raya RM750 ini akan dilakukan secara berperingkat, yang dijadualkan bermula minggu ini. Penjawat awam dan pesara kerajaan disarankan untuk memeriksa penyata bank masing-masing bagi memastikan bahawa dana tersebut telah dikreditkan.

Segala maklumat lanjut berkaitan sistem dan tarikh pembayaran akan diumumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Setiap negeri memberikan bonus raya pada kadar yang berbeza mengikut bajet yang disediakan.

Berikut adalah anggaran bayaran bonus raya :

  • Penjawat awam tetap dan lantikan kontrak : RM500 – RM1,500
  • Pesara kerajaan : RM250 – RM500.

Nota : Tarikh pembayaran bonus raya pada tahun ini adalah bermula 24 Mac 2025, tarikh tertakluk kepada negeri masing-masing. Untuk lebih info berkenaan insentif kerajaan, sila ke laman utama – BELANJAWAN 2025 sebagai rujukan umum.

The post Pemberian Bonus Raya RM750 Telah Mula Dikreditkan appeared first on Carianterbaru.

Categorized in: