BANTUANSumbangan Asas Rahmahsumbanganasasrahmah

Pemberian Bantuan Tambahan RM150 dan RM300 Disember Ini

Pemberian bantuan tambahan berjumlah RM150 dan RM300 akan dilaksanakan secara one-off bermula 9 Disember 2024. Inisiatif sumbangan asas rahmah ini telah diperkenalkan oleh kerajaan perpaduan untuk membantu golongan yang memerlukan.

SEMAKAN PEMBERIAN BANTUAN TAMBAHAN

Rakyat Malaysia yang ingin mengetahui sama ada mereka layak menerima bantuan khas ini boleh membuat semakan status mulai 7 Disember 2024. Ini merupakan langkah penting untuk memastikan proses pengagihan berjalan lancar dan tepat kepada mereka yang berhak mendapat bantuan.

Seperti yang sedia maklum, bantuan ini akan disalurkan kepada kategori B40 secara sekali bayar sahaja. Sebelum ini, bantuan ini telah diagihkan secara bulanan kepada kategori miskin dan miskin tegar.

Namun, pada 9 Disember ini, pembayaran akan dilakukan untuk golongan yang kurang mampu ini dengan harapan dapat meringankan beban yang dihadapi dalam keadaan ekonomi yang mencabar.

KATEGORI KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN

Untuk makluman umum, program bantuan ini hanya disediakan kepada warganegara Malaysia yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2024 sahaja. Antara kriteria kelayakan asas yang telah ditetapkan bagi penerima bayaran adalah seperti berikut :

  • Golongan B40
  • Kategori isi rumah, warga emas dan bujang
  • Pendapatan dibawah RM2,500 sebulan
  • Bukan penerima bantuan bulanan JKM.

Kadar bayaran mengikut kategori :

  • RM300 : Kategori isi rumah
  • RM150 : Kategori bujang
  • RM150 : Kategori warga emas

Kaedah pembayaran : Bermula 9 Disember ini, bantuan akan disalurkan terus ke dalam akaun bank penerima yang layak. Bagi mereka yang tiada kad bank, tebus secara tunai boleh dilakukan di kaunter Bank Simpanan Nasional berhampiran.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKASIH SARA B40

Jika anda merupakan penerima STR 2024, semakan status boleh dibuat sebelum bayaran pada 9 Disember ini. Sila ikuti langkah-langkah panduan seperti di bawah :

  1. Layari laman portal rasmi – MySARA
  2. Butiran lengkap bantuan disediakan pada halaman tersebut, sila klik laman ‘MyKasih’ dibawah
  3. Pada halaman berikutnya klik ‘ Semak Status ‘ dan masukan maklumat yang diperlukan
  4. Sekiranya layak, butiran maklumat bayaran bantuan akan dipaparkan pada skrin anda.

Nota : Pemberian inisiatif bantuan ini tidak memerlukan sebarang permohonan, bantuan ini hanya diberikan kepada penerima STR sahaja.

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Kerajaan telah menyediakan lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi mengurangkan beban rakyat tempatan. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post Pemberian Bantuan Tambahan RM150 dan RM300 Disember Ini appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button