BANTUANKehidupan SejahteraSumbangan Asas Rahmahsumbanganasasrahmah

Pemberian Bantuan Khas RM450 Setiap Bulan Untuk B40

Pemberian Bantuan Khas RM450 disalurkan setiap bulan kepada rakyat Malaysia khususnya golongan B40 dan miskin tegar. Untuk makluman umum, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh kerajaan persekutuan dan negeri bagi memberi manfaat kepada penduduk pada tahun ini.

PEMBERIAN BANTUAN KHAS RM450 

Program bantuan istimewa bernilai RM450 sebulan adalah gabungan daripada insentif Sumbangan Asas Rahmah dan Bantuan Kehidupan Sejahtera. Perlancaran dua program khas ini adalah bertujuan bagi mengurankan beban kewangan penerima.

Kedua-dua insentif ini berfungsi sama iaitu diberikan dalam bentuk ewallet pada kadar yang telah ditetapkan. Nilai bantuan yang dikreditkan setiap bulan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas atau barang dapur.

Kaedah bayaran bagi Sumbangan Asas Rahmah adalah secara kredit ke dalam mykad penerima STR yang layak. Manakala bayaran bantuan kehidupan sejahtera dikreditkan ke dalam akaun edompet atau ewallet yang telah disediakan.

PECAHAN KADAR PEMBERIAN BANTUAN KHAS BULANAN

Berikut adalah kadar bantuan yang ditawarkan setiap bulan seperti dibawah :

  • Penerima Sumbangan Asas Rahmah : RM100 / RM50 sebulan (kadar ditentukan mengikut kategori)
  • Penerima Bantuan Kehidupan Sejahtera : RM300 sebulan.

PANDUAN DAFTAR & MOHON BANTUAN KHAS

Seperti yang telah dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan, pemberian Sumbangan Asas Rahmah tidak memerlukan sebarang permohonan. Bantuan ini diberikan kepada penerima STR yang berkelayakan pada tahun ini.

Jika anda merupakan penerima STR 2024, semakan status sama ada layak atau tidak mendapatkan insentif SARA boleh dilakukan secara online. Untuk semak status sila layari pautan rasmi – MyKasih SARA

Manakala bagi bantuan kehidupan sejahtera, permohonan boleh dikemukakan sepanjang tahun ini. Bantuan ini dibuka kepada golongan B40 & M40 iaitu pendapatan dibawah RM5,000 sebulan.

Untuk semak syarat kelayakan dan panduan daftar permohonan, sila layari portal rasmi bantuan – Kehidupan Sejahtera

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan bagi meringankan beban kos sara hidupa rakyat B40. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Pemberian Bantuan Khas RM450 Setiap Bulan Untuk B40 appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button