Pembayaran STR Fasa 2 – Berita baik untuk masyarakat terutama kepada penerima sumbangan tunai Rahmah tahun 2025. Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa pembayaran fasa 2 akan diawalkan sebelum sambutan Raya Aidilfitri.
Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat, terutamanya menjelang hari perayaan yang memerlukan perbelanjaan tambahan.
PEMBAYARAN STR FASA 2 SEBELUM RAYA
Pihak kerajaan telah melancarkan pemberian bantuan tunai STR (Sumbangan Tunai Rahmah) yang memanfaatkan lebih dari 9 juta penduduk Malaysia. Hampir 60 peratus akan menerima bayaran bantuan STR fasa kedua pada minggu hadapan.
Pengagihan sumbangan tunai ini akan dilakukan secara berperingkat pada 24 Mac ini (Isnin) kepada semua penerima termasuk bujang, isi rumah, dan warga emas. Kadar bayaran bantuan yang akan diterima bermula dari RM150 hingga RM650, bergantung kepada kelayakan dan kategori penerima.
Berikut adalah kadar bayaran STR mengikut kategori :
- Isi rumah : RM150 – RM650 (jumlah ditentukan mengikut kategori dan bilangan anak)
- Warga emas : RM200
- Bujang : RM150.
Pembayaran awal ini penting bagi memastikan penerima dapat merancang perbelanjaan mereka bagi persiapan menyambut Raya Aidilfitri. Dengan pemindahan awal ini, diharapkan seluruh masyarakat dapat menyambut hari raya dengan lebih ceria dan tanpa kekangan kewangan.
Pastikan anda adalah salah satu daripada penerima yang sudah mendaftar untuk mendapat manfaat daripada inisiatif ini. Kepada penerima pemegang Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menerima terlebih dahulu sebelum bank-bank lain.
Sebagai rujukan berikut adalah jadual pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi sesi 2025 mengikut fasa :
- Fasa pertama : Januari 2025 (selesai)
- Fasa kedua : April 2025 (diawalkan pada 24 Mac) dalam proses
- Fasa ketiga : Ogos 2025 (akan dikemaskini)
- Fasa keempat : November 2025 (akan dikemaskini).
KEMASKINI & SEMAKAN STR FASA 2
Setiap individu boleh membuat kemaskini maklumat terkini dan semakan status bayaran Sumbangan Tunai Rahmah secara dalam talian. Untuk cek sila ke laman rasmi kerajaan (MySTR 2025) – https://bantuantunai.hasil.gov.my/
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Terdapat lebih banyak lagi program dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan MADANI sepanjang tahun ini. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.
The post Pembayaran STR Fasa 2 Diawalkan : Bantuan Dikreditkan 24 Mac appeared first on Carianterbaru.