Pembayaran STR Fasa 2 akan dilaksanakan tidak lama lagi, memberi manfaat kepada sekitar 9 juta penduduk Malaysia dari golongan B40 dan M40. Insentif Sumbangan Tunai Rahmah ini merupakan salah satu bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2025, bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan.

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan lebih lanjut mengenai pembayaran yang akan datang ini.

PEMBAYARAN STR FASA 2 2025

Bayaran bantuan tunai STR fasa berikutnya dijadualkan untuk dikreditkan selewat-lewatnya pada bulan April. Ini merupakan peluang bagi penduduk Malaysia untuk mendapatkan sokongan kewangan yang sangat diperlukan.

Pengagihan bayaran STR fasa 1 telahpun selesai dikreditkan pada Januari lalu kepada kategori bujang, isi rumah dan warga emas. Bagi penerima STR yang baru berkahwin, penukaran status boleh dilakukan bagi kemaskini maklumat terkini.

Rakyat boleh membuat semakan status bayaran dan mengemas kini maklumat secara dalam talian sepanjang tahun ini. Proses ini dirancang untuk memudahkan rakyat dalam mendapatkan bantuan yang sepatutnya.

Untuk memastikan kelayakan anda dalam mendapatkan bantuan ini, terdapat beberapa langkah penting yang perlu diambil. Pastikan maklumat peribadi anda terkini dan tepat dalam sistem.

Maklumat ini termasuk nama, alamat dan nombor telefon. Dengan ini, anda dapat memastikan bahawa anda tidak terlepas daripada menikmati manfaat kewangan ini apabila pembayaran dimulakan.

TARIKH & JUMLAH BAYARAN STR FASA 2

Buat masa ini tarikh rasmi masih belum diumumkan oleh pihak kerajaan bagi bayaran STR fasa 2 yang dijangka akan dikreditkan April 2025. Di bawah dikongsikan jumlah asal amaun bantuan yang diberikan mengikut kategori.

KATEGORI KELUARGA / ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500/ B40)

  • Tiada anak (0) : RM1,000
  • Bilangan anak (1-2) : RM1,500
  • Bilangan anak (3-4) : RM2,000
  • Bilangan anak (5 keatas) : RM2,500

KELUARGA / ISI RUMAH (PENDAPATAN RM5,000/ M40)

  • Tiada anak (0) : RM500
  • Bilangan anak (1-2) : RM750
  • Bilangan anak (3-4) : RM1,000
  • Bilangan anak (5 keatas) : RM1,250

KATEGORI BELIA & WARGA EMAS

  • Belia bujang berumur 21 tahun keatas : RM600
  • Warga emas berumur 60 tahun keatas : RM900

Nota : Diatas adalah kadar jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah tidak termasuk bayaran Sumbangan Asas Rahmah bagi sesi 2025.

Sekiranya anda ingin kemaskini maklumat atau semakan status bayaran setiap fasa, rujukan boleh dibuat melalui laman rasmi MySTR 2025 – https://bantuantunai.hasil.gov.my/

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Segala maklumat terkini berkenaan bantuan-bantuan kewangan dari kerajaan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Untuk maklumat selanjutnya berkenaan insentif yang disediakan sepanjang tahun ini, sila cek senarai bantuan yang ada – SEMAK DISINI untuk lebih info.

The post Pembayaran STR Fasa 2 – Apa Yang Perlu Anda Tahu appeared first on Carianterbaru.