BANTUANFASA 3STR

Pembayaran Bantuan Tunai STR Fasa 3 : Mula Dikreditkan Hari Ini

Pembayaran Bantuan Tunai STR Fasa 3 : Mula dikreditkan ke dalam akaun bank secara berperingkat seluruh negara bermula hari ini. Berdasarkan perkonsian rakan-rakan penerima di media sosial, ramai yang telah berjaya menerima insentif ini.

PEMBAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 3

Kementerian Kewangan telah memaklumkan perutusan rasmi bahawa pemberian bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mula dikreditkan hari ini (29 Ogos 2024).

Kategori penerima yang layak adalah terdiri daripada belia bujang, warga emas dan isi rumah M40 serta B40. Pada bayaran fasa kali ini, mejoriti penerima STR layak menerima bantuan tunai ini yang membabitkan sekitar 8 juta rakyat.

Bermula hari ini, setiap individu boleh membuat semakan status bayaran masing-masing sama ada masih dalam proses atau telah berjaya dikreditkan. Setiap kategori menerima bayaran bantuan pada kadar berbeza mengikut kelayakan.

KADAR BANTUAN TUNAI STR FASA 3

Pihak kerajaan telah menetapkan pemberian insentif Sumbangan Tunai Rahmah fasa ketiga adalah seperti berikut mengikut kategori :

KATEGORI KELUARGA B40 (PENDAPATAN DIBAWAH RM2,500)

  • RM150 hingga RM650 (Kadar mengikut bilangan tanggungan anak)

KELUARGA M40 (PENDAPATAN DIBAWAH RM5,000)

  • RM150 hingga RM300 (Kadar mengikut bilangan tanggungan anak)

KATEGORI BELIA BUJANG (21 – 59 TAHUN)

  • RM50 seorang

WARGA EMAS TIADA PASANGAN (60 TAHUN KEATAS)

  • RM150 seorang.

Nota : Diatas adalah kadar rasmi bayaran bagi pemberian bantuan tunai STR fasa kali ini kepada penerima.

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR KINI DIBUKA

Bagi mereka yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah pada tahun ini, semakan status bayaran kini boleh dibuat secara online. Untuk semak status bayaran, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – STR 2024

Semakan adalah bagi mengesahkan sama ada duit bantuan telah dikreditkan ke dalam akaun bank atau dalam proses. Kepada penerima STR yang tiada akaun bank, tuntutan bantuan boleh di buat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 18 September 2024.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi mengurangkan beban penduduk. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Pembayaran Bantuan Tunai STR Fasa 3 : Mula Dikreditkan Hari Ini appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button