Pembayaran akhir bantuan STR / sumbangan tunai rahmah kini sedang dilaksanakan secara berperingkat di seluruh Malaysia.
Rakyat disaran untuk mengambil peluang ini dan membuat semakan status bayaran mereka melalui laman web rasmi MySTR.
Pembayaran ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat yang terkesan akibat pelbagai cabaran ekonomi. Ini adalah bayaran akhir bagi sesi tahun ini yang melibatkan kategori bujang, isi rumah dan warga emas.
PEMBAYARAN AKHIR BANTUAN STR SESI 2024
Kadar bayaran yang disalurkan dalam fasa 4 bantuan ini berbeza-beza, bermula daripada RM100 hingga RM700. Jumlah yang diterima oleh setiap individu ditentukan berdasarkan kelayakan kategori dan bilangan anak.
Oleh itu, adalah penting bagi setiap individu untuk mengetahui bagaimana kelayakan mereka dinilai untuk menerima bantuan ini. Untuk membuat semakan status bayaran, rakyat Malaysia boleh mengunjungi laman web rasmi – MySTR.
Proses ini mudah dan cepat, anda hanya perlu menyediakan maklumat yang diperlukan untuk mendapatkan status semakan bayaran fasa semasa. Bagi mendapatkan manfaat bantuan ini untuk tahun 2025, anda perlu kemaskini maklumat terkini di laman rasmi tersebut.
Pendaftaran baharu dan kemaskini maklumat bagi bayaran STR Fasa 1 2025 dibuka sehingga 30 November ini. Untuk makluman umum, kadar jumlah keseluruhan STR sesi 2025 akan dinaikkan sehingga RM4,600.
Jumlah tersebut adalah termasuk dengan bayaran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (MySARA) iaitu bantuan barangan keperluan asas. Kepada yang berkelayakan dan berkeperluan jangan lepaskan manfaat ini dengan kemaskini maklumat.
The post Pembayaran akhir bantuan STR mula dikreditkan hari ini appeared first on Carianterbaru.