Akaun 3Akaun FleksibelKWSP

Panduan Pengeluaran Akaun 3 KWSP Secara Fleksibel

Panduan Pengeluaran Akaun 3 KWSP secara fleksibel pada tahun ini telah disediakan di halaman ini sebagai rujukan umum. Bermula pertengahan tahun ini pihak KWSP telah menstrukturkan semula akaun KWSP.

KEMUDAHAN PENGELUARAN AKAUN 3 KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan satu lagi kemudahan yang dikenali sebagai akaun fleksibel atau akaun 3. Melalui akaun 3 ini, ahli boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa untuk kepentingan peribadi.

Berdasarkan maklumat, sehingga Julai 2024 sekitar 3.4 juta daripada 13 juta ahli KWSP telah membuat pengeluaran dari akaun ketiga dengan jumlah keseluruhan RM8.9 bilion. Datuk Seri Amir Hamzah selaku Menteri Kewangan 2 menjelaskan bahawa kemudahan pengeluaran akaun 3 tidak memberi kesan yang ketara terhadap platform KWSP.

Bermula 11 Mei 2024, KWSP telah mentruktur semula akaun KWSP kepada akaun persaraan, akaun sejahtera dan akaun fleksibel. Ketiga-tiga akaun ini memberi peranan yang berbeza dan beri peluang kepada ahli untuk menguruskan dan kewangan masing-masing.

PANDUAN PENGELUARAN AKAUN 3 KWSP

Fungsi akaun 3 KWSP diperkenalkan adalah sebagai kemudahan pengeluaran simpanan bagi keperluan kewangan jangka pendek. Akaun ini terdiri daripada 10 peratus jumlah simpanan pencarum KWSP.

Ahli berumur 55 tahun kebawah boleh mengakses dana simpanan mereka dan keluarkan pada bila-bila masa tanpa menunggu hari persaraan. Para pencarum boleh membuat pengeluaran ini secara fleksibel dan pihak KWSP mensarankan ahli keluarkan pada waktu kecemasan atau keperluan mendesak.

Kepada ahli yang ingin membuat pemindahan sebagai dana permulaan akaun 3 boleh lakukan pindahan sehingga 31 Ogos ini. Sebahagian amaun dari akaun sejahtera boleh dipindahkan ke dalam akaun fleksibel sebagai dana permulaan.

SYARAT KELAYAKAN ASAS PENGELUARAN AKAUN FLEKSIBEL

  • Warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia
  • Ahli KWSP
  • Berumur 55 tahun dan ke bawah
  • Mempunyai simpanan dana dalam akaun fleksibel
  • Had pengeluaran minimum serendah RM50.

PANDUAN LENGKAP PENGELUARAN KWSP

Kepada ahli yang berkeperluan dan layak membuat pengeluaran, panduan lengkap berkenaan akaun 3 telah disediakan. Sila layari laman portal rasmi – Pengeluaran Akaun Fleksibel (KWSP)

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Panduan Pengeluaran Akaun 3 KWSP Secara Fleksibel appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button