Amaran RibutInfoRibut

Notis Amaran Ribut Petir di 3 Buah Negeri

Notis Amaran Ribut Petir di 3 buah negeri telah diumumkan oleh Jabatan Meteorlogi Malaysia mulai hari ini. Jangkaan hujan lebat, angin kencang dan ribut petir bakal melanda beberapa kawasan dalam masa terdekat.

NOTIS AMARAN RIBUT PETIR

Pihak MET Malaysia dalam kenyataan memaklumkan bahawa rakyat Malaysia terutama kawasan-kawasan yang bakal melanda ribut petir supaya berjaga-jaga. Antara kawasan yang berpontensi terlibat dalah daerah Mersing di Johor.

Bagi negeri Sarawak pula dijangka melibatkan kawasan Serian dan Samarahan. Manakala di negeri dibawah bayu Sabah ialah kawasan Tawau dan Semporna.

Jabatan Meteorlogi telah mengesahkan tiga negeri ini dijangka akan berlaku hujan ribut petir dalam 1-2 hari ini. Peringatan amaran dikeluarkan jika berlaku tanda-tanda ribut dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter perjam.

Untuk pengetahuan umum, amaran ribut petir ini merupakan sebuah tanda peringatan jangka pendek. Perkara ini sah bagi tempoh tidak melebihi 6 jam dari setiap keluaran notis amaran.

AMARAN BERJAGA-JAGA PADA OGOS 2024

Sebagai peringatan, pada bulan ini telah berlaku hujan lebat dan ribut petir di beberapa buah negeri seluruh Malaysia. Melaka antara negeri yang telah terkesan hingga menyebabkan banjir di beberapa kawasan seperti Masjid tanah, Lubok cina dan Alor gajah.

Justeru itu, kepada orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati pada bulan Ogos ini. Untuk lebih banyak informasi terkini, sila ke halaman utama Carianterbaru sebagai rujukan umum.

The post Notis Amaran Ribut Petir di 3 Buah Negeri appeared first on Carianterbaru.

Back to top button